Monday, December 14, 2015

Khas buat wanita...😘😍

khas buat sahabat perempuan..  😃

Perempuan. Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.

Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.

Suka orang itu. Suka orang ini.
Nak jaga hati.
Tak nak lagha.
Tak nak fikir yang sia-sia.
Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.
Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.
Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.

Pelbagai rasa didengari.
Bercampur-baur dalam hati.

Itu lumrah, sayang.
Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa.
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa.

Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana.
Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana sakit menahan rindu.

Wake up. Hidup dalam dunia sebenar.
Perjalanan dalam hidup ini jauh.
Bukan sekadar soal saya-suka-awak dan awak-suka-saya, tiada-apa-lagi-yang-menjadi-penghalang-antara-kita dan jom-kahwin semata.

Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam kehidupan.
Salah satu cabang yang penting.
Dan ada banyak lagi cabang penting lain juga yang perlu diberi fokus.

Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang.
Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka.

Itu yang dikata.
Bila suka jangan terlalu suka.
Bila benci usah terlalu benci.
Selalulah untuk berada di tengah-tengah.
Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa.
Genggam kemas hati itu baik-baik.
Usah mudah lemah.
Bina semangat yang kental.

Cari di mana jiwa yang benar menangis rindukan Rabbi seperti Rabi'ah el-Adawiyah.
Cari di mana jiwa yang selalu bermunajat dan hanya berharap pada Tuhannya seperti puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Azzahra.
Cari di mana jiwa yang tertanam akidah yang unggul di dalam hatinya seperti Masyitah yang tegar terjun ke dalam minyak yang panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan.
Cari di mana jiwa seorang Sumayyah yang rela diseksa dengan pelbagai dugaan yang menyakitkan hanya untuk mempertahankan kalimah Ahad.
Cari di mana jiwa seorang Zinnirah yang rela dijemur di tengah padang pasir bersama cahaya yang terik dan dibutakan mata hanya semata teguh mempertahankan keyakinan akidah.

Belajarlah menjadi seorang wanita.
Belajar untuk menjadi seorang wanita berjiwa hebat seperti srikandi-srikandi Islam.

Jangan biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedang persiapan diri layu.

Waktu mahu kahwin sememangnya mahu kahwin kerana yang ada di hadapan segalanya terlihat indah.
Tempoh selepas kahwin bukan sehari dua, tetapi biar mahu sampai ke syurga.
Mahu kahwin bukan hidup berdua sahaja, nantinya keluarga sudah makin bertambah besar.

Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja.
Perkahwinan penuh dengan tanggungjawab yang menanti.

Kalau kita yang seorang perempuan sekarang malas mahu menimba ilmu, maka dengan apa lagi mahu dididik anak-anak yang sedang membesar.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mujahadah diri untuk buat amal maka contoh kebaikan apa lagi yang mahu ditunjukkan kepada anak-anak.
Kalau kita yang seorang perempuan hanya tahu untuk duduk bersenang-lenang dan lemah jiwanya maka siapa lagi yang mahu berada di belakang menguatkan perjalanan dakwah seorang suami.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam menjaga kehormatan diri maka kecintaan dan kesetiaan apa yang akan tinggal buat seorang suami yang teguh menanti kelak.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mengendalikan emosi maka siapa lagi yang akan membantu suami untuk mengemudi bahtera keluarga yang bahagia.
Kalau kita seorang perempuan yang tiada matlamat tinggi dalam hidup maka siapa lagi yang akan bersedia membina jiwa besar dalam diri mujahid-mujahid kecil.

Ilmu sekarang bukan untuk skor Dean's List dan belajar jurusan di universiti sahaja.
Ilmu sekarang perlu dicari dan sekurangnya diri punya asas dalam pelbagai cabang ilmu.

Saat tiada terikat dengan tanggungjawab rumah tangga inilah waktunya untuk menimba ilmu dengan sebenarnya.
Setidaknya mahu untuk belajar hukum-hukum fiqh.
Setidaknya belajar bagaimana mahu untuk melayan dan mengerti rentak isi hati dan jiwa si kecil.
Setidaknya belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat yang pelbagai.
Setidaknya mahu belajar bagaimana untuk memperbaiki solat dan memperbaiki kefahaman dalam Al-Quran.
Setidaknya belajar tentang ilmu rumah tangga.

Belajarlah memasak. Biarlah potong bawang 3 hiris juga sudah menangis sebaldi. Asal sahaja mahu untuk belajar.
Jadi anak dara harus belajar untuk bangun dan perkemaskan diri awal pagi.
Bukan pula untuk tidur melangit hingga ke tengah hari.
Belajar bagaimana mahu jadi seorang wanita yang produktif.

Ya. Kita bukan sempurna untuk tahu dan buat banyak perkara.
Dan kerana tidak tahu banyak perkara itulah kita perlu belajar banyak perkara.
Hidup ini satu medan yang penuh hikmah untuk kita ambil dan pelajari sesuatu tiap saat.
Tak ada orang yang secara semulajadi tahu banyak perkara.
Melainkan dia cuba untuk ambil tahu dan mahu belajar.

Ini bukan untuk mendesak diri menjadi seorang perempuan yang sempurna tanpa cela tiap segi dan hebat sehingga bisa untuk terbang merentasi langit ke-7 mengalahkan Wonder Woman.
Bukan.
Ini mahu memberi sejentik kesedaran bagaimana seorang perempuan harus berperanan terutama dalam dunia moden zaman kini.

Kerana kematangan bukan diukur sejauh mana kemahiran dalam berselfie baik tudung labuh, berniqab atau melilit-lilit.
Kerana kematangan itu ada pada ilmu dalam diri dan nilai dalam memandang kehidupan.
Dan kerana kematangan itu ada pada hati yang selalu membawa jiwa seorang hamba dalam dirinya.

Usah terlalu risau akan soal jodoh.
Usahalah setakat mana yang mampu.
Asal sahaja diri tahu untuk menjaga kehormatan diri maka dia yang begitu jualah yang bakal dihadirkan Allah.
Asal sahaja hati terus teguh pada jalan dakwah dan kebenaran maka dia yang begitu jualah yang akan datang melengkapkan kehidupan.

Hidup ini cukup mudah.
Buat apa yang Allah suka dan reda.
Dan suka serta reda dengan tiap apa yang diberi Allah.
Kerana tiada apa yang tidak baik datang daripada Allah melainkan segalanya baik-baik belaka.

Berbahagialah duhai muslimah 🙆❤😍

Saturday, November 21, 2015

Satu Luahan...Yang Terpendam...

Kalaulah awak tahu..
Sakitnya penantian itu...

Saya tak minta untuk disayangi, saya jua tidak meminta untuk dikasihi, saya cuma mengharapkan satu jawapan dari awak untuk hati ini...

Tapi, Allah dah atur biar begini..Allah kunci sebuah hati..dari berkata-kata dan memberi sebuah harapan yang tidak pasti...kerana Allah tahu apa yang akan terjadi...

Dan...Allah jua ingin saya rasai...bagaimana utk hilangkan sakitnya sebuah penantian yang tidak berpenghujung itu agar dapat saya merasa indahnya aturan dan hikmah yang terkandung dalam episod kisah ini... Kerana Allah nak saya kembali padaNya dengan rasa syukur dan rendah diri... kerana Allah rindu dan cinta akan suara hamba-hambaNya yang merdu, dalam tangis dan sendu...menginsafi setiap detik yang terbazir dalam penantian yang tidak berpenghujung ini...

Jadi, hari ni...akan saya akhiri penantian ini...agar terbuka ruang dan peluang utk yang punya hajat dihati utk menerima diri ini seadanya dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi...biar tidak didunia ini...asalkan kasih dan cinta Dia tetap saya perolehi, biar walau tanpa wujudnya awak disisi...

Selamat tinggal....

Luahan ikhlas dari,

Saya yang pernah setia menanti...



Saturday, October 31, 2015

Aku tak tahu...



Aku tak tahu....apakah mungkin itu terjadi...

Aku tak tahu....apakah akan ada sinar yang menyinari....

Aku tak tahu....apakah akan bersatu 2 jiwa yang saling menyepi....

Aku tak tahu....apakah masih ada harapan yang berbaki....

Aku tak tahu...sungguh aku tak tahu....

Tapi...aku tahu....

Janji Allah itu pasti....

Dia sentiasa bersama walau perjalanan penuh onak dan duri....

Dia sentiasa menguji hati yang perlu diuji...

Dia tidak pernah kecewakan hamba yang berharap dengan keikhlasan hati....

Dan...

Hanya Dia yang mengetahui apa yang tersembunyi.....

Yakinlah, Allah tidak akan mensia-siakan segala usaha dan doa hamba2Nya....

Dia ADA! dan sentiasa memerhati....

Teruskan doa mu, teruskan pengharapan mu, teruskan perjuangan mu wahai hamba...

Selebihnya, bertawakallah....

Kerana akan datang suatu masa, walau bukan yang kau pinta, tapi.... Itulah yang terbaik untuk mu...
Dan kau akan menerimanya dengan hati yang Redha....

Kerana kau yakin dan tahu....

Itulah tanda kasih dan cinta Allah pada mu....

#faithwillneverbetrayyou

Wednesday, August 19, 2015

Being Me...Love Aisha...

Allahuakhbar!!

Assalamualaikum and greetings! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! I'm still taken to the mood of the program! MasyaAllah! Subhanallah! There's so much I wanna share with all the sisters out there. There's so much things Allah want us to learn. Knowledge, will never be last to learn. It's just us, who want more or less. Subhanallah. Syukur, for those opportunity given by Allah trough Kak Nakia. May Allah bless her in Dunya wal Akhirah..amiinn...

A conference that will touch your heart to the bottom. Here... I'll share some with what that touch me the most. Based on the story of Aisha RA, the wife of Prophet Muhammad SAW, the Daughter of Saidina Abu Bakar As-Siddiq... 




At the age of 18, Aisha RA achieved many things in her life. She narrated over 2000 hadith from Prophet Muhammad SAW and what most terrific was she herself developed interesting skills that no one can adapt in her time. That skills are "reading" and "writing".


1st Slot: "Respect Begin With You"
by: Prof. Dr. Muhaya Mohamad

She mostly talk about our strength, and weaknesses. As a women, there's so much we want and need in this world. But, does us know how to receive those things we want and those things we need. As a women, do we want to be respect or do we want to be hated! Its what we choose, so choose wisely.

"Try to be kind, not beautiful, if you want to get married!" #suddenly #ahaha Yap! It's what she told us. Who's here doesn't wanna get married? Either you're not ready or #blablabla, sure you'll have that in mind. It's our nature, our "fitrah" that Allah made. To love and not being alone. But, are we ready? Are we wanna having it in the greatest way Allah love to see? Yeah sure we do! There's so many challenges and obstacles that we need to fulfill. Changing starting from our own heart, self and life. There's so much thing need to be clear out. And again, she threw us with a question, "Are you going to a wedding planner or Marriage Planner??" How will we answer that? Which one will we choose? Does us know who is the Marriage Planner? He's the One, Allah! With all faith we have in Allah, there's the way for us to gain all the confidence, value and honor of our self. Be confident! Be truthful! Get your self esteem higher up! "People who have low self esteem is people who doesn't have faith in Allah".#are #we??

"Have a clean heart, strong heart!" "Ladies! Shape your heart, not your face!" Some of her shout out for us to learn, it is not just a joke but it is for us to receive, repent and wake up! Ladies! We are special! Be special! We are wise! Be wiser! Even if we have 99 "Nafsu", but we still have that one and only "Akal". That one thing is what so special in us. Why we wanna sit low when Allah had put us high! Subhanallah! Allahuakhbar! Why we're that special, because we're too special. Allah made us that way, why not we act the way Allah want us to be.

There are 5 emotion we should have everyday:

1. You want to be grateful.
2. You want to be loving.
3. You want to be appreciative.
4. You want to be compassionate.
5. You want to be forgiving.

It's what we should have, but it's what we want to have. So go far and have it. Do not wait for people's acknowledgement. "People who want to gain acknowledgement of people is people who doesn't have enough acknowledgement of Allah". Do not sacrifice for the sake of people who doesn't earned it. Sacrifice for Allah's sake. "Heaven on earth is in your heart", you get to choose. If you're not happy, you're not giving enough. If you're not loveable, you're not loving enough. If you're not forgiven, you're not forgiving enough. You! Is who you created! "Every thought will create word, every word will create attitude, every attitude will create personalities and every personalities will create you!". Put Allah in your heart. Be grateful, be loving, be appreciative, be compassionate and be forgiving. Be beautiful in your heart, then you yourself will be beautiful inside out. "Forgiveness strengthen, anger weaken". Subhanallah! That's how Allah love us, and it's how He show His love to His most special and beautiful creation in this world. How loving He is.  Allahuakhbar!

Lastly, before she finished her speech, she stated 3 features of our heart, "Strong, Clean and Soft". It is who we are! So ladies, be beautiful, be strong and be proud! #keranadirimubegituberharga #masyaAllah


2nd Slot: "Deen's List"
by: Sheikh Daood Butt


3rd Slot: "The Childless Mother"
by: Sis Zohra Sarwari

4th Slot: "Coolness of His Eyes"
by: Sheikhah Wafaa Mohd Hussain Yee
















5th Slot: "Poisons of The Soul"
by: Umm Imtiaz
















6th Slot: "The Fragrant Upper hand"
by: Sheikh Alaa Elsayed















7th Slot: "Trails and Trials to Jannah"
by: Sheikh Moutaseim Al Hameedi

8th Slot: "Love of Hope and Fear"
by: Sheikh Alaa Elsayed
9th Slot: "Ramadhan of Change"
by: Sheikh Moutaseim Al Hameedi



Kita Tanya Al-Quran Jawab!

"...Satu malam tu..
Macam biasa kami berkumpul buat usrah sama-sama smile emoticon
Dengan riang nya ummul cakap pada anak-anak usrah
"Hari ni tak ada pengisian !!! Kita buat aktiviti !! "
" Ok, aktivitinya... kita tanya dan doa pada Allah..
Ya Allah macam mana cara aku nak kenal Engkau ??
Tanya dan terus buka Al Quran..
Haaa !! Dapat page apa ? dapat surah apa ? dapat ayat apa ? "
Heee baca punya baca..Bammpp macam terkena jer pada diri.. macam sama jer character aku dengan apa yang dalam Quran tu.. macam betul jer ujian-ujian yang aku tengah alami ni...Huu... siap bagi tau kita perlu.... ( setiap orang dapat "mesej" lain-lain )Heee kan ???Tolong share cerita pengalaman kalian dengan Al Quran ya ?? Jom pakat-pakat comment kat sini.. sama-sama kita bagi semangat kat orang lain untuk rasa macam mana nikmatnya kita rasa dengan Al Quran wink emoticon
.grin emoticonbySatu malam tu..

*yang di tag tolong lah share apa-apa cerita yang menarik, pengalaman bersama Al Quran..." 
by: Ummul Khair

Sharing is caring! and we're loving!^^

Okey, untuk topik ni, Allah ilhamkan aku untuk buka surah Fushshilat, surah ke 41, ayat 1 - 20...
Jom kita fahami apa yang Allah nak sampaikan melalui ayat2 ni^^
Surah ni banyak menyentuh tentang sifat Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allah menyampaikan khabar gembira kepada mereka yang beriman dengan perkhabaran tentang syurga-Nya. Kadang2, rahmat Allah tidak terbatas hanya untuk orang yang beriman sahaja tetapi berlanjutan sehingga ke generasi penerus mereka yang merupakan suatu penghormatan bagi mereka.

Seperti yang kita sedia maklum, kita tahu apa salah kita, kita kenal dosa2 kita, kita sedar bahawa kita terkadang leka, tapi Allah xpernah sekalipon berlengah atau putus asa dalam memberi rahmat dan keampunan-Nya pada kita...kita selalu zalimi diri kita, tetapi taubat selalu kita lupa...Allahhuu, sayang nya Allah pada hamba2Nya, xsedikit pun berkira dengan nikmat2 yang kadang2 kita khianati kerana terlalu ikutkan nafsu dan bisikan kosong syaitan yang durjana... Jadi, kerana kita tau dan kita sedar bahawa Allah tidak pernah sekali pun lupakan kita, tolong jangan takut dan segan untuk memohon ampun dan taubat kepadaNya, kerana hidup kita hanya sementara. Rebutlah peluang yang ada untuk memohon petunjuk, rahmat dan keampunanNya...

Berkisar pula tentang sifat Allah yang Maha Penyayang.. Allah jua mengajar kita untuk saling berkasih sayang, saling menolong, saling mencintai, dan saling memenuhi keperluan sesama hamba agar dapat mendidik jiwa untuk saling berlemah lembut sesama kita... banyak contoh teladan yang ditunjukkan Rasulullah saw tentang bagaimana Baginda menyayangi, melembuti para sahabat sebagai teman, sahabat dan saudara.

Jadi kesimpulannya disini, berdasarkan apa yang cik moon rungkaikan pada aku malam tu, Allahuu...betul2 setepek atas batang idung sendiri Allah bagi... Dengan ujian Nya, dengan pengalaman, dengan pengetahuan yang Allah pinjamkan tu, subhanallah, terasa terkena... Sebab, suka aku tekankan ayat ni "sebab Allah tahu apa yang tidak kita ketahui"... jadi, kita kena yakin, perasaan yang datang adalah anugerah, tafsir ape yang kita rasa, berlandaskan ilmu dan syariat, pasti kita xkan tersasar dari landasan-Nya...
InsyaAllah...wallahualam^^

‪#‎Hokehhsayadahhhhh‬^^

Thursday, July 30, 2015

Aku...Dulu Kini dan Selamanya...

Assalamualaikum and greetingsssss~~~~~~!!!^^

Still in the office! Alone.... Being bold and brave..nothing to be scare of.. #Allahkanadaaaaa #hikhikhik Ok let me continue my 'chatters'.... #ahaha What's with the topic? hmm... ahaaaa.... being toooo bold lately...hmm...why?? Dunno! #otakjem Okeh, there's always something happened, and there's always obstacles in our life... Sometimes, those obstacles and hardships could possibly change us! #yekerr Yes it is! And I am now is not who I am in the past.. #thatswhatIthoughtthough #ahaa Why did I changed?? #why #why #why Relax... I changed for good..InsyaAllah, may Allah assist these changes...from the start and till the end... Aaminnn... Sometimes, in our life, changes are needed! Yes, you need too... You can't possibly stay at the same spot for soooo loooonggg... It'll be tooo boredd Hokehh... #ehehhh But, to change, there's also decision needed! Something you need to choose, your choices! Becoz "hidup ini penuh dengan pilihan, jadi pilih lahh"... #sambungbaliknanti #dakenabalikk #baiii ^^

Monday, June 22, 2015

Drama of our life...

Obstacles...obstacles...obstacles...Big drama with its own scripts... What am I about to babbling here is what was strugling inside my mind for some times now... #apeniapeape Try to create my own big drama? It's ok, coz we all the actors of Allah... My acting is what Allah prepared for me... with His full detailed of scripts and prolog... What prolog? Should be at the 'kemuncak' of the stories now what! #ehahah #apeakumelalutnihhh #subhanallah #seriously!

"Ya Allah... untuk setiap ujian, kuatkan hati ini... Untuk setiap dugaan, tabahkan jiwa ini... Untuk setiap onak dan duri yang melintang, rawatlah luka ini... Tiada yang lain yang aku harapkan melainkan Redha dan Cinta Mu... Tiada kasih yang ku tadah melainkan Kasih dan Sayang Mu... Tiada perhatian yang ku nanti melainkan Perhatian dan Pandangan Mu... Ya Allah... Jika benar dia yang Kau cipta untuk ku, maka mudahkan jalan Mu untuk kami bertemu dalam Kasih, Cinta dan Redha Mu... Bukalah pintu hati dia untuk menerimaku seadanya diriku... Kurniakan di hatinya, keberanian dan kekuatan untuk memulakan langkah sekiranya benar waktu dan saatnya untuk kami bersatu... Bukan kerana sesuatu sebab yang mungkin akan pudar ditelan waktu... Jika bukan dia, maka jauhkan hati ini dari mengingati dan berharap pada insan yang salah untukku... Jagalah hati ini Ya Allah, yang telah sekian lama ku jaga rapi tanpa cinta dan noda kasih seorang insan bernama lelaki... Bantu aku Ya Allah, selama Engkau kuatkan hati ini untuk tidak menjatuhkan martabat diri di hadapan dia yang bernama lelaki... Selagi mana iman terpahat di hati, bantu aku untuk memperkuatkan jati dan sahsiah diri... agar tidak sesekali kecundang dengan indahnya cinta duniawi... Jatuhkan hati ini pada tempatnya yang Engkau telah tetapkan sejak azali... Pahatkan hati ini pada pemilik Cinta yang benar mencintai Mu, agar tidak ku sia-siakan masa dan ruang yang telah Engkau beri, selama aku menjaga hati ini... Tapi Ya Allah, jika cinta itu di sana, redhakan hati ini akan ketentuanMu yang hakiki... Tabahkan jiwa ini menanti Cinta Yang Pasti... Jangan sesekali patahkan jiwa ini dengan sifat kurang sabar, kecewa, hasad dengki, riak, takbur, ujub dan segalanya yang boleh mencalarkan kesucian Cinta yang bakal ku bawa menghadap Mu Ya Allah... Pelihara cinta di hati ini agar cinta yang ku kan kembalikan pada Mu adalah cinta yang sebenar-benar cinta abadi... Jika benar, mati itu adalah jodoh ku di dunia ini, maka aku mohon dengan serendah-rendah hati, MATIKAN AKU DALAM HUSNUL KHATIMAH YA ALLAH... MATIKAN AKU DALAM KEIMANAN... MATIKAN AKU DALAM WAKTU AKU INGAT DAN RINDU PADAMU YA ALLAH... Tiada pengakhiran yang paling barokah melainkan pengakhiran yang husnul khatimah... Semoga dengan pengakhiran yang baik itu, aku mampu melayakkan diri ini untuk bertemu Mu Di Sana Ya Allah, dapat aku menatap wajah yang ku rindu yakni Rasul Mu Saidina Muhammad saw... dapat jua ku bersatu kembali dengan seorang Ibu yang telah lama meninggalkan ku di dunia... Walau ku tahu, sangat tidak layak untukku meminta sedemikian rupa dengan kehinaan diri ini disisi Mu, tetapi aku akan terus cuba dan berusaha dengan segala daya dan usaha... Bantu aku Ya Allah, kurniakan ku syafaat mu Ya Rasulullah.... Hulurkan padaku, tali pergantungan Mu, agar hati tidak goyah dengan bisikan syaitan laknatullah... Dengarlah Ya Allah, rintih hamba yang terlalu hina disisi Mu... Aku ingin kembali pada Mu dalam keadaan yang mulia dan bahagia... Bantu aku... Bimbing aku... Ingatkan aku... Tegurlah aku... Biar bertaburan ujian Mu untuk ku, andai itu caranya untuk ku raih Syurga Mu... InsyaAllah, kuatkan hati dan jiwa ini untuk menempuhinya dengan tenang dan tabah... InsyaAllah... Aamiinn Ya Rabbal 'Alaminn..."

For what I do wrong... forgive me... and forget...
For what I've taken... Halalkan lah...
Ku takuti, jika ini adalah peluang yang terakhir... sebelum aku kembali menghadap Yang Maha Suci, maka maafkan aku wahai teman dan saudara... Doakan aku... Lepaskan aku...

#suatuluahan #darihatiyangpalingdalam #mogaredhaAllahbersama

Yang bersuara,

-Aku Hamba Hina-


Monday, May 18, 2015

Assalamualaikum cinta...!!^^

"Whatever will turn up, I'm ready to face it!" Hmm...deep...but...am I??? Just let it be that way... Try to hypnotized my own mind...can I??? Sure can...eheh... Okay! Let's move on! Allah know what best for us...be happy and be ready! Don't gloom yourself with something you didn't sure yet...it'll just turn your energy down...be cool! be strong! be yourself! Aja aja fighting!! #yesyoucan

Happy Teacher's Day to all teachers in this world... Terima kasih buat guru-guru yang pernah mengajar diri ini dari kecil hingga kini... Hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa mu cikgu... I'm once a teacher...miss that title but Allah know what best for me... Alhamdulillah..bersyukur dengan aturan Dia... Aku hanya merancang, tetapi Allah lah sebaik-baik perancang... terima kasih Allah atas ruang dan peluang... Alhamdulillah... Get a chance to be a teacher again on Teacher's Day this year.. Alhamdulillah...something I didn't plan, and indeed, it's Allah's paln... My ex-boss ajak jadi 'sukarelahati' ke sukan tadika tahun ni..Alhamdulillah, happy to join them sebab rindu sangat-sangat dengan anak-anak Addien!^^ Here some of them yang sempat jumpa... #ahli2syurga




Urut kaki katanya...haha^^




peace yo!
With teachers!


But,..the one and only teacher of my life, already gone...Ummi...thanks for everything...Mother's Day also just turn up...a bit jealous to see everyone wishing, celebrating and hugging their mom...but what can I do...hanya Doa mampu aku sampaikan...Yakin kan diri bahawa Allah dah aturkan yang terbaik... Allah tahu aku mampu hidup tanpa ummi... 8 tahun dah berlalu, see now! I can kann! #hypnohypno #jengkreng Ohhoooo.... It's OK wahai hati... Sedih itu perlu dalam bergembira... Agar diri tidak terlalu asyik dengan kebahagiaan dunia... Semoga ummi tenang disisi Pencipta...Aaminn... #reallymissheralot 


Thursday, April 23, 2015

Faith will never betray you!

Assalamualaikum iman! Apa khabar cinta?! #wahhh #cintapadaSangPenciptaCinta #insyaAllah

Apa khabar hati kita? Apa khabar jiwa kita? Tepuk dada tanya iman... Badan yang sihat tidak semestinya punyai jiwa yang sihat tetapi jiwa yang sihat pasti mampu menyihatkan tubuh badan yang lemah dek kerana lemasnya dengan hal2 duniawi yang takkan pernah sudah... Jadi, apa ubatnya untuk sihatkan jiwa kita? Ubat jiwa adalah iman...makanan jiwa adalah zikrullah...penenang jiwa adalah dengan mengingati mati...pemilik jiwa adalah Allah yang kekal abadi... Jadi sulami hidup dengan mengingati mati, sentapkan jiwa dengan ilmu2 rohani, basahkan lidah dengan alunan zikir menuju syurgawi... InsyaAllah jiwa kita pasti akan sihat, bahagia di dalam perjalanan menuju pada Pemilik diri yang Hakiki...


My quote for this month ahead "faith will never betray you".. sangat2 suka dengan quote nih...buat diri aku kuat...buat hati aku tenang...buat jiwa aku bersemangat...alhamdulillah... ilham dari Allah.. Subhanallah... sebelum2 ni pun, aku rasa sangat suka untuk tekankan bab "faith" tuh.. "keyakinan"... sebuah keyakinan yang tidak akan sekali kali mengecewakan kita.. Yakin pada Allah! 

Hidup ni kan ibarat roda, kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah... apa yang nak dikaitkan disini adalah semasa kita berada di atas, keyakinan kita semestinya sangat utuh, tak berbelah bahagi...tapi pada kebiasaanya, bila berada di bawah, keyakinan tadi cepat pudarnya...hilang ibarat dibawa angin mendatang... kadang2 ia pergi tanpa kita sedar... kenapa? Sedangkan kita yakin pada awalnya.. 

Keyakinan ini perlu dipupuk, bukan dengan hanya berkata "ya! Aku yakin!" Selesailah segalanya... Tidak! Keyakinan perlu lahir dari keikhlasan hati, keikhlasan itu datang dari jiwa yang bersyukur, syukur itu perlu dilengkapi dengan ilmu2 yang bermanfaat... ilmu itulah yang perlu kita cari... ilmu di dunia ni ibarat air di lautan, terbentang luas keseluruh pelusuk dunia... Terlalu banyak, makin kita belajar makin kita terasa ceteknya ilmu didada... jadi jangan pernah merasa malu atau malas untuk mencari ilmu... ilmu perlu dicari, perlu dipelajari barulah rasa syukur yang mendalam dapat kita rasai...apabila hati pandai bersyukur, sentiasa bersyukur, terdidik dengan syukur, maka setiap apa yang kita lakukan pasti diiringi keikhlasan hati... ikhlas dalam setiap gerak geri... ikhlas dalam setiap tutur kata... ikhlas dalam setiap niat di hati...maka, keyakinan kita pasti utuh dan tak berbelah bahagi...

Bila ditimpa musibah, mulut pantas mengucapkan "subhanallah"...menginsafi diri dengan "astaghfirullah"...hati tenang dengan "alhamdulillah"... Allahuakhbar! Indahnya aturan Allah... diri terdidik rapi dengan ilmu2 Allah, hati kan sentiasa tenang dengan keyakinan pada janji2 Dia...sebab itulah, keyakinan tidakkan pernah mengecewakan kita...keyakinan pada Allah itu sangat2 indah aturanNya... bersyukurlah di atas setiap jalan yang kita lalui... semuanya penuh liku dan duri... tapi, apa yang membezakannya adalah bagaimana kita melaluinya tanpa secalit luka dari duri yang melintang, atau tersadung dek liku2 yang terbentang... Alhamdulillah, bila tiba di destinasi dengan husnul khatimah...subhanallah!!!

Jadi, jom kita sama2 bina keyakinan kita pada Allah.. seutuh cinta kita pada Nya, sekuat cinta kita pada RasulNya... kita tidak kan rugi walau sedikit... yakin dan percaya, bahawa Allah sentiasa ada..yang takkan meninggalkan kita tanpa apa2...!^^

#subhanallah #alhamdulillah #Allahuakhbar #faithwillneverbetrayyou #havefaithinAllah #ceriacinta #cintaabadi


Sunday, March 8, 2015

"Focus and Aware!"

Assalamualaikum wbt!!! Evening sunshine!!^^ Wow! Looks happy! Am I really am?? Whatever! But! It's my choice! And I choose to be happy! Alhamdulillah....!^^ Today is my Abah's 56th birthday... So sad can't be with him today..but already made a call early...early..in the morning to wish him a veryyy goood dayyy... Hoping he'll become healthier and stronger inside out! Hoping he'll always choose to be happy! Hoping that he'll never give up with what Allah prepared for us! Abah hwaiting!!! We all love you!!!^^


He's happy with his choice!^^

Oppsstt~~!! Back to the title..."Focus and Aware"...what does those means??! Ahhaaa~~! Ok, easy story for us to understand...let say when you're driving... you need to focus on your driving isn't it? But, if you only focus, you'll not aware of what happened besides you... So focus and aware! hehehe...#copyandpaste
So, for conclusion please be focus but aware with your situation... Then it's save... Also in term of speaking... When we're gonna say something, don't focusing only onto what we're gonna says... but also aware with what we're going to say... Sometimes, because we're too focus on something, we lost something we didn't aware of... After loosing it, we realized! That we've lost something worth!

Saturday, February 21, 2015

Today...


Intro....!! :p
Can I just babbling without a point? Seriously, nothing special to be told but feels like typing all out.. Weird haa! Hmmm... Just go trough some turning point in my life... I'm out! What is my definition of "out"?? Hmmm.. At some point, I think I'm out from my old lifestyle.. Out from my own conservative mindset... Out to somewhere I could explore.. more and more... It's all about life... being the new me... new life.. new experiences.. new friends.. new hardship... new obstacles... new places... new works.. and more other new things I need to get along with... in being a new me... What most important is, I'm here all alone! but I'm getting stronger with it.. Alhamdulillah! "What didn't get you down, will make you stronger"... isn't it?? Ahaa! That's what made me today I think! I thought so..Ohhoo...

Memories...Experiences... #withkids
Some'thing' I had left...Miss you all!
Okey..  Now talking about strength, why didn't I have strength for a confession? Do I really need to confess? Just learn something from my new housemate, "Asked for an answer!".. So, I really do need to ask for an answer... Do I?? Hmm...confuse...and it's complicated... You don't have to know what's it about.. Just hear me out silently...OK! #canyouseetheconfident #ahhaaa #mynewme #whatthehacks #shockingmyselfout #passout! ^^
Just a memory... #dontbeexaggerate^^
What changed?! For the first time.. This song gave me strenght! What song? Not the balad song anymore..not korean song again...not my fav list from drama ost... #ahaa... But without a connection to my life, it gave me strength... Enjoy yourself! #I'veneverevenwatchtheseseries/show #themesong #for?? 

 

Imam Muda Theme Song..ahhaakkss...I'm exaggerating I think...buttt nooo!! It really put up your strength and faith! Try to listen...and please listen to it with the "loudest speaker on earth"..eheheee^^ #notjoking! -_-"

Iklan japp~~~!!^^
My most familiar words for this whole year of 2015... "strength" & "faith"... I'll just get going with these two.. It's enough for now... Thank Allah for the opportunity... InsyaAllah... Will never falling back again! ^_^

Tetiba! #faith^^

Friday, January 30, 2015

"New Year"

Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah... Still breathing strong and healthy with all the kindness given... Alhamdulillah... Its such a lonnnngggg day... A new year, a new life, a new journey, new chapter, new episode... Now here I am in the middle of nowhere near my family... This is my choice that I chose... Hoping something out of it... With some strength and faith... I'll go trough this path of my life with confidence! Want to make some changes in my life... It's not like I want to, but it's more like I need to! With some point from someone's Sifu, I'm going to get trough it...insyaAllah!!! SOIF...Strength Opportunity Improvement and Faith...I think I've go trough chapter 1 and 2..and now I'm at chapter 3...I got my strength now, I have my opportunity, so it's now the time for me to make some improvements in life... Need to achieve something that can prove myself  to everyone!

If anyone ever read this, then just here me out...Gain your strength! Find your opportunity to improve yourself! But don't forget... Put your faith in Allah.. Then everything will just going to be fine... InsyaAllah!!!^^

"Without braveness, dream is useless"