Wednesday, August 27, 2008

aurat wanita...


Untuk peringatan bersama...!!!


1. Bulu kening
''Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan
bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi
Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki)
''Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan
kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.


3. Wangian
"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum lelaki
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain kerudung hingga menutupi dada-dada
mereka. "An-Nur : 31


5. Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up)
dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan kerudung yang menampakkan leher
seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
"Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak
boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah
saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian
dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang
satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama,
pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada
umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka
dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kehormatan
''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.
"Apabila seorang perempuan itu sholat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada
pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun
yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan
pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan
Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian
tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan
maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat
Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/
membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi
katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu.
Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan
Muslim.

25 kelebihan kaum hawa



1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.



12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Tuesday, August 26, 2008

benarkah kau seorang pejuang???


Benarkah kau seorang pejuang?

Salam kepada semua brothers and sisters diluar sana yang bersemangat dalam memperjuangkan Islam. Saya percaya mesti ramai diantara kita yang hendak menjadi pendakwah atau pejuang agama Allah. Betulkah anda ini seorang pejuang? Mengaku diri sebagai pejuang, sebagai jundullah, sebagai aktivis, namun akhlak maupun tsaqafahnya tidak mencerminkan hal itu. Lagi menyedihkan ialah apabila terdapat aktivis2 da’wah yang berlainan pendapat dan sering menyalahkan antara satu sama lain. Tidak kurang juga yang berebut mad’u, inilah antara perkara yang tidak menunjukkan bahawa anda itu adalah seorang pejuang cuma mengaku dimulut tetapi tidak memperlihatkan oleh perlakuan anda. Ada juga sesetengah daripada mereka hanya berapi- api bila berceramah tetapi tengoklah pada dirinya adakah dia melakukan perkara yang dia ucapkan? Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al- Baqarah ayat 44 yang membawa maksud ‛‛ Mengapa kamu menyuruh orang lain ( mengerjakan ) kebaikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca kitab (taurat )? Tidakkah kamu mengerti.” Nah! Adakah kamu masih nak mengaku diri sebagai jundullah? Mengaku diri sebagai mujahid, namun niat ternoda oleh selain-Nya. Inilah yang Allah Subhanahu wa Ta'ala sindir di dalam Al Qur'an, "Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan saja mengatakan 'kami beriman' sedang mereka tidak di uji lagi?".( Al Ankaabut: 2-3)
Sahabat sekalian, marilah sama- sama kita muhasabah diri kita kembali adakah kita ini layak digelar sebagi pejuang. Ataupun ia hanyalah khayalan dan angan-angan kosong belaka. Inginkan syurga, tetapi tidak siap menggadaikan diri, harta dan jiwa. "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar." (QS. 3:142). Orang yang ingin berada dijalan ini mereka harus berkorban segalanya, tidak kiralah harta, nyawa ataupun wang ringgit. Ini tidak hanya diuji dengan sedikit ujian kita telah melatah. Mari kita renung kembali apa yang dicontohkan Rasulullah saw, Abu Bakar, Umar, Musa'ab bin Umair dan para sahabat yang lainnya., dimana mereka ini apabila mengucap sahaja dua kalimah syahadah mereka terus meninggalkan segala kemewahan hidup dan juga mereka ini tidak rela menikmati dunia yang melalaikan. Seorang pejuang harus memahami jalan mendaki yang akan dilaluinya. Mereka haruslah sentiasa berusaha dan juga istiqamah dalam melakukan kerja ini. Sepertimana yang kita maklum, ini bukanlah kerja mudah ia memerlukan satu pengorbanan yang besar. Kita akan hadapi seribu satu cabaran tetapi ingatlah bahawa jika kita sentiasa diuji itu tandanya Allah sayangkan kita. Ingatlah bahawa kita ini sebenarnya hamba yang dipilih oleh Allah, dan jika kita tinggalkan jalan ini Allah akan mencari orang lain untuk berada dijalan ini. Bukankah ini satu kerugian yang besar untuk diri kita.
Disini ana ingin mengingatkan sekali lagi bahawa, menjadi seorang pejuang bukanlah mudah,ia perlu memiliki kriteria (muwashofat) yang harus di penuhi. Jangan sampai kita terkena hadits ini, "Akan datang suatu masa untuk ummatku ketika tidak lagi tersisa dari Al Qur'an kecuali mushafnya dan tidak tersisa Islam kecuali namanya dan mereka tetap saja menyebut diri mereka dengan nama ini meskipun mereka adalah orang yang terjauh darinya." (Ibnu Babuya, Tsawab ul-A mal).Ingatlah bahawa kita berjuang adalah untuk mendapat keredhaan daripada Allah, bukannya untuk mendapat sanjungan daripada manusia. Maka, bersama-sama kita bermuhasabah, agar cinta kita kepada-Nya bukan hanya angan- angan semata- mata, agar cinta kita tak bertepuk sebelah tangan. Cinta sejati, tidak hanya dimulut dan disimpan di dalam dada saja, tetapi harus dibuktikan, agar sang kekasih percaya bahwa kita mencintainya. Kita mencintai-Nya dan Dia pun mencintai kita. "Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya. ." (QS. Al Maidah : 54 -56)
wassalam

Ramadhan kembali lagi...

Bahang ramadhan kian terasa
Saat syaaban menampil diri dan
Tanpa sedar berlari meninggalkan kita merentas hari dan waktu
Tanpa perlu kita menghitung dalam kiraan panjang kehidupan
Ramadhan bakal datang menjengah diri dalam rekahan nafsu insan yang bergelodak Sepanjang musim dalam diam meriak kesedaran
Buat mukmin yang patuh pada yang maha khalik
Ramadhan datang lagi
Untuk mengulangi tuntutan hakiki
Sambil berputar fikiran ini bertanya pada diri
Apakah ramadhan kali ini sama seperti akhir kali yang banyak di biarkan berlalu
Tanpa di isi dengan iqra dan zikir
Tanpa tasbih dan takbir...
Syukur pada ilahi kerana ramadhan masih sempat di tempuhi...

puisi wanita solehah...


Wanita Solehah…Wanita solehah itu aurat dijaga,Pergaulan dipagari,Sifat malu pengikat diri,Seindah hiasan di dunia ini.Keayuan wanita solehah itu,tidak terletak pada kecantikan wajahnya,Kemanisan wanita solehah,tidak terletak pada kemanjaannya,Daya penarik wanita solehah itu,Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujukrayu,Bukan dan tidak sama sekali.Kepetahan wanita solehah,Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bakpermata yang menyeri alam,Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalamilmu serta pandai dari segala aspek ,Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanitahanya kerana kecantikannya ,Bersyukurlah diatas apa yang ada,Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama. InsyaAllah...

ibu kitter...




My memory…

“ Ubat ummi tak buh lagi…” ……rupanya, ini lah perkataan akhir yang dapat aku dengar jelas dari suara seorang insan berjasa bernama “ibu” seminggu sebelum dia pergi menyahut seruan Ilahi… Aku ingat lagi masa tu, ummi baru lepas kuar wad...Ummi ada tekanan darah tinggi n kencing manis...tapi ummi tetap kuat cuba lawan sakit dia tu... Tekanan darah dia tinggi sangat…apa yang ummi fikir sebenarnya??? Naper ummi fikir banyak sangat??? Aku tak suka tengok ummi sakit macam tu…tapi, mungkin itulah hikmah dari-Nya…Dia hilangkan sekejap matahari dalam hidup kita dan Dia bagi hujan, puas kita menangis merintih ‘mana perginya matahari??’ Kita tak sedar yang rupanya Dia nak bagi kita pelangi yang indah…macam tu lah corak hidup ni... Allah dah aturkan segalanya dengan baik…tapi manusia macam aku ni jer yang susah nak nampak sumer tu… lepas ummi ‘pergi’, baru aku sedar bahawa awal2 lagi Dia dah bagi peluang kat aku untuk melakar secalit memori bahagia bersama ummi..

Dari kami adik-beradik kecik lagi, ummi jual nasi pagi2 nak tampung p’belanjaan kuarga…Ummi nak tolong abah…masa kecik2 aku memang tak reti nak tolong ummi kat dapur, tapi bila da besar panjang tu, pandai2 sendiri la kan…Tapi, lama kelamaan, ummi selalu sakit n kadang2 berniaga kadang2 tak…jadi kami adik-beradik pakat la larang ummi dari jual nasi lagi…tapi tu la ummi, dia tetap buat bila da rasa sihat sikit…bila da macam tu, kitorang tolong la yang mana perlu kan…tapi, semua tu tak lama…tiba2, sekali lagi Allah uji ummi dengan sakit yang lagi teruk…malam tu, ummi lelah, lemah sangat…abah hantar ummi gi klinik…tapi kat klinik apa sangat la yang boleh dibuat lebih2 lagi masa tu da tengah malam pun…lepas tu la baru ummi gi check kat hospital…then, baru tau la yang ummi disyaki mengidap sakit lemah jantung lak…macam2 rawatan la orang2 kat hospital tu buat sampai la ummi masuk kuar wad sampai 2,3 kali…so, aku ngan kakak2 aku la gilir2 jaga ummi kat wad masa tu…bahgia sangat masa tu…ummi lebih suka bergurau, bercerita dan dengar cerita2 kitorang…suka sangat tengok ummi ketawa masa tu…bahagia ^^

Sampailah saat tu, lepas ummi da kuar wad seminggu dan dah kelihatan lebih sihat, Allah duga lagi kami dengan dugaan yang lagi berat…semuanya bermula hari tu, hari khamis, aku ngan kakak aku balik cuti hujung minggu…punya la happy masa tu siap beli KFC nak balik makan sama2…yela, seminggu tinggal ummi rindu, risau semua ada…aku kena balik asrama sebab aku tengah belajar lagi masa tu, baru masuk semester 3, kakak pulak kerja, so, hujung minggu je la leh luang masa ngan ummi…tapi, sampai2 je kat umah, terus dengar abah melaung dari arah dapur…kenapa?? Ummi pengsan…pengsan kat sinki… Rupanya ummi nak masak, ummi cuba nak masak, masak untuk makan bersama anak2 dia, mungkin untuk kali terakhir…tapi, ummi sudah tak mampu, ummi pengsan kat situ…kitorang angkat ummi sama2 then terus ke hospital…tapi masa tu aku tak ikut abah terus, abah suruh aku pergi ngan mak sedara aku yang tinggal kat belakang umah…lepas maghrib baru aku sampai kat hospital…aku masuk tengok ummi, ummi terbaring atas katil hospital dengan wayar yang berselirat…mata ummi pejam, tapi aku nampak sesuatu…ada air mata yang mengalir dari wajah ummi…ummi nangis…mungkin ummi sakit sangat masa tu…tapi ummi tetap kaku di situ…badan ummi tak gerak lansung… “Ya Allah, selamatkanlah ummi, panjangkanlah umur ummi”…itu saja yang mampu aku buat masa tu selain dari nangis…Lepas tu doktor datang cakap kena transfer hospital sebab nak kena scan otak…kat hospital tu tak leh buat…so, ummi terus dibawa dengan ambulans ke hospital lain, aku ngan abah ikut dari belakang…aku tengok abah pun tak berenti nangis…abah sedih tengok ummi cam tu…sesampainya kat sana, ummi terus dibawa ke bilik scan…sambil2 tunggu, ramai la family yang datang…tapi masa tu aku terus2an nangis…kenapa la aku ni lemah sangat…aku tak leh tengok ummi dalam keadaan macam tu…hati aku sebak…aku terasa…terasa sesuatu yang aku mitak Allah jauhkan…aku tak nak khilangan ummi…tapi takdir yang tersirat sudah jelas dengan keputusan yang tersurat…doktor datang dengan keputusan scan otak ummi…aku hampir rebah mendengar patah kata yang diucapkan doktor…katanya, ummi da tak banyak masa lagi…pembuluh darah dalam otak ummi da banyak yang pecah dan berlaku pendarahan yang teruk…ummi dah koma tak sedarkan diri…dia hanya memberi kami sekeluarga memilih antara 2 pilihan yang kalau boleh mana2 satu pun aku tak nak pilih…aku nak ummi sihat macam dulu…tapi itulah dia kehendak Pencipta…apa yang doktor suruh pilih samada nak bawa ummi balik ataupun biarkan sahaja di hospital menanti detik terakhir hidup ummi…aku tak sanggup dengar, masa tu aku rasa keadaan jadi gelap, aku da tak nampak orang sekeliling yang mungkin memerhati tingkah aku tika itu…aku sebak, aku takut, aku…ntah la…jiwa aku terasa kosong…nasib baik masa tu bapa sedara yang paling rapat ngan kami ada sama, dia la yang banyak nasihatkan aku dan tenangkan jiwa ni dengan janji2 Allah…terlalu banyak air mata yang aku tumpahkan malam tu, tapi belum setitik pun aku lihat mengalir dari mata kakak ku…tabah betul dia berbanding diriku…semua yang ada sudah mula membacakan yasin buat ummi…aku turut sama walaupun dengan suara yang tersekat2…aku perlu kuat…

Selesai sahaja bacaan yasin, jam menunjuk tepat pukul 12.47 tengah malam 30 mac 2007, ummi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir…innalillahiwainnailaihiraji’un…al-fatihah…

Ummi telah pergi, pergi buat selama-lamanya…Ya Allah, cucurilah rahmat-Mu ke atas roh ummi…tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang solehah…hanya doa yang mampu aku sampaikan, segala jasa dan pengorbanan ummi selama ni sudah tak mampu untukku balas…namun aku mengharapkan, moga Allah membalasnya…ummi, semoga ummi tenang di sana…I love you and miss you so much… dari anakmu…

Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita dapat dalam hidup ini…asalkan kita tidak leka dan peka dengan amaran-amaran-Nya…kepada sesiapa yang masih ada ibu dan ayah…jaga lah mereka sebaiknya…janganlah sakiti hati mereka…ingatlah, tanpa mereka tiadalah kita…dan ingatlah selalu jerit perih ibu mengandungkan dan melahirkan kita…hargailah mereka selagi ada masanya…jangan biarkan masa membunuh jiwa kita…jadikan pengalaman sebagai pengajaran…pengajaran sebagai ingatan…dan…ingatan sebagai panduan dalam mengharungi liku2 kehidupan yang penuh onak duri…moga diri kita terus tabah dan redha dengan segala dugaan dan mehnah yang melanda…sekadar ingatan bersama…ikhlas dari hamba Allah yang hina…