Saturday, January 23, 2010

Iman dan Kehidupan (Dr Yusof Al Qardhawi)

1. Iman menimbulkan getaran pada perasaan, memberikan pengaruh yang membekas pada kemahuan.
2. Iman menjadikan bangunnya bersemangat, merupakan senjata paling ampuh, mewujudkan jiwa pejuang.
3. Iman merupakan asas pembinaan kehidupan dan keperibadian.
4. Iman adalah rahsia kekuatan dan kemuliaan.
5. Iman adalah pembangkit daya gerak, menimbulkan semangat bekerja dan berkorban.
6. Iman dengannya akan melenyapkan kebimbangan, membangkitkan keyakinan dan keberanian.
7. Iman menjelaskan rahsia kehidupan dan kematian.
8. Iman akan menanamkan kemerdekaan pada diri, meyakini perlindungan dan pertolongan Allah.
9. Iman menimbulkan rasa harga diri, melenyapkan perasaan rendah diri dan kekosongan jiwa.
10. Iman denganya malaikat akan sentiasa mengawal dan Tuhan sentiasa bersamanya.
11. Iman menimbulkan rasa tanggungjawab, menghilangkan rasa kecewa dan putus asa.
12. Iman melawan pengaruh nafsu, menjadikan hati tenang dan tenteram.
13. Iman denganya fikiran menjadi lapang dan perasaan menjadi tenang.
14. Iman adalah air, makanan, udara dan cahaya kepada jiwa dan hati manusia.
15. Iman adalah sumber kebahagiaan, ketenangan, kepuasan, keamanan batin dan kehidupan yang baik (hayaatan tayyibah).
16. Iman melapangkan kesempitan, mengusir keluh kesah, menyuburkan fitrah, membongkar rahsia alam.
17. Iman menghilangkan keraguan, menjadi benteng pertahanan dan tali pergantungan yang kukuh.
18. Iman menjelaskan tujuan dan menerangi jalan
19. Iman menghilangkan kesulitan, membangkitkan harapan
20. Iman melapangkan perasaan, memberi kekuatan kepada jiwa, menanam kemahuan.
21. Iman membuang rasa benci kepada diri sendiri, menghargai nikmat, tidak menyesali masa lalu.

3 surah, 3 kekuatan


Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.

Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya
untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah
putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu,
saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak
saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam.
Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.
Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.

Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah
yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya
pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan
pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah
sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang
betul.
Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah,
akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak
guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit..
Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman
sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya
mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman
globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke
mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat,
kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia
sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara
yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk
ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya
kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa
banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila
ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi
hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan
iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam
minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak
kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau
minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan
agar saya sebarkan kepada yang lain.
Pesanannya memang baik untuk saya
sampaikan.