Friday, March 15, 2013

150313 : 10.43AM : Renovation in progress. . . . .


Assalamualaikum and greetings~~~!!!^^ 

Then, again…living a life to the fullest.. 아자 아자 화이팅~~!! Wow..long time no see those hangul  words… while doing my job, still continuing my baking skills…hehe… at last, get an order for wedding…huhuu… still lacking in decorating but..I’d tried my best..and the result was “대박!!”… hihihi^^V

Red Velvet with Cream Cheese

Red Velvet with Cream Cheese
Alhamdulillah...almost 6 months working in Ulynnuha (2)...hmm...macam-macam pengalaman dan pengajaran yang mengajar erti kehidupan... dari sekecil-kecil perkara sampai la sebesar-besar hal..hehe... kalu ingat-ingat balik, nak tergelak pun ada, nk menangis pun ada...tapi..ape yang berbeza...budak2 zaman dulu ngan budak2 zaman skarang...SANGAT BERBEZA! hoho... macamana berbeza, malas nk crita...hehe.. kecomelan dan 'kebuasan' aje yang sama...haha...^^





















Haha...banyak la pulak gambo nye... excited sangat nak tunjuk anak-anak yang comel2 nih... moga suatu hari nanti, kamu semua jadi anak-anak yang soleh dan solehah yer..aamiiinn...^^

Hah, tajuk post xmasuk lagi nih...renovation in progress....jeng!! jeng!! jeng!! biasanye kalu renovate umah ni salah satu sebabnye sebab nak 'bekwah' ore kelate kate..hihihi....adakah??? kuikuikui...^^V Kita tunggu dan lihat yer!^^ siapakah?? bilakah?? dan dimanakah?? sure umahku lah...^^ Tapi memang dah 'bekwah' besar pun kat masjid tuh..PM turun sini hari ni kan...tapi kitorang main masak2 kat umah jer...:p 

Makin lama makin tak berisi rasanya blog ku nih...hmmm...xpeee...insyaAllah, kita isi balik 'jug' kosong ni sabtu ni...insyaAllah...takbirr!!!^^ Moga-moga post2 yang akan datang lebih berisi dan bermanfaat hendaknya...aamiinn insyaAllah^^






Friday, March 1, 2013

Fwd: BEBERAPA KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK



Pengenalan
    
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. yg bermaksud :


“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”
(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1.     Kesilapan pertama : Kurang berdoa
       
        1.1    Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
                 *      Saidul (penghulu) Istighfar
                 *      Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
                 *      Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
                 *      Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

        1.2    Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
                 *      Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
                 *      Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
                 *      Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2.     Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
        *       menakutkan anak-anak dengan sekolah
        *       menakutkan dengan tempat gelap
        *       menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
        *       menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3.     Kesilapan ketiga    :  Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
        *       tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
        *       terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4.     Kesilapan keempat   :       Menegur anak secara negatif
        *       mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
        *       membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5.     Kesilapan kelima   :  Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
        *       ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6.     Kesilapan keenam   :        Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7.     Kesilapan ketujuh    :       Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
        *       ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8.     Kesilapan kelapan    :       Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9.     Kesilapan kesembilan :    Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10.   Kesilapan kesepuluh :      Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11.   Kesilapan kesebelas :       Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12.   Kesilapan keduabelas :    Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13.   Kesilapan ketigabelas :    Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14.   Kesilapan keempatbelas  :           Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15.   Kesilapan kelimabelas     :           Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

(Kuliah Mingguan Surau An-Nur , 15 Safar 1419 bersamaan 10 Jun 1998 )
(Oleh Ustaz Khalid bin Haji Mohd Isa)