Word for Today!

Wednesday, January 5, 2011

fwd: Saya sayang kamu. Maka saya hendak kamu sentiasa dijalan-Nya~~

BILA CERITA MENGENAI SAHABAT NI...MACAM2 CERITA YANG KITA JUMPA..walau ap keaadaan yang kita jumpa namun..........ushakanlan untuk mncari sahabat y bisa membawa kita kejalan yang mndekATkan diri kita dengan ALLAH......kalau trjumpa sahabat yang banyak bg racun pada kita balas lan dengan madu,..tempuhi ujian persahabat dengan sabar...oklah kat bawah ni ad sikit cerita atau pngajaran sangat menarik...agak2nya memang susah nak cari sahabt cam kat bawah ni ..tapi kalau tak jumpa ,ap kata kita yang mulakan mnjadi yang terbaik buat sahabat kita..........
apa pun bersangka baik lah dengan sahabat terutama sahabat yang benar2 mnyayangi dirimu....jom2 baca citer ni..""::^_^~~~

Sahabat, Saya sayang kamu!

Pernah saya ungkapkan padanya,
“Hei. Saya sayang kamu. Maka saya hendak kamu sentiasa dijalan-Nya. Untuk menegur kamu sekiranya tersilap arah, tak perlu saya untuk minta kebenaran darimu. Sepertimana saya sayang padamu kerana ALLAh, maka kerana ALLAh saya menegurmu.”

Pernah saya bisikkan dari jauh padanya,
“Hendak berjiran dengan kamu di syurga. Kamu sudi tak? Saya nak sayang kamu di dunia, dan sampailah akhirat. Kalau ALLAh izinkan saya masuk syurga, maka saya hendak kamu ada di dalamnya. Boleh tak?”

Dia menjawab,
“Saya tak layak. Saya bukan seorang hamba yang baik!”


Saya tepuk bahunya dari kejauhan,
“Hei, mari sini. ALLAh masih pinjamkan umur. Masih belum terlambat untuk kamu dan saya berusaha bersama-sama.”

Matanya bergenang,
“Saya sayang kamu, sahabatku!”

Saya senyum padanya dari kejauhan,
“Dan saya lebih menyayangi kamu. Ingat ni~”

Saya mendekat padanya dari kejauhan,
“Psst! Kalau saya diizinkan masuk syurga, saya nak kita melangkah ke dalamnya bersama-sama. InshaALLAh, mesti seronok kan! Tapi kalau ALLAh takdirkan neraka tempat saya. Saya minta sesuatu boleh? Kamu palingkan wajah kamu dari melihat saya pada hari itu, ya? Jangan berpaling untuk saya. Saya tak mahu kamu sedih melihat saya..”

Saya tertunduk dihadapan Yang Esa,
“Ya ALLAh, berikanlah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran iman kepada sahabatku untuk menjalani hidupnya semasa di dunia. Jadikan dia daripada golongan hamba yang Kau redhai. Peluklah dirinya ya ALLAh dengan kehangatan kasih kepada-Mu. Ikat hatinya dengan tali agamamu! Jangan Engkau pernah biarkan dia merasa sendiri kekosongan tanpa hidayah-Mu. Dengarkanlah doa hamba yang faqir ini, ya Dzal Jalali Wal Iqram!”

Tiba-tiba tiba ‘SMS’ darinya,
“Saya rindu kamu…~”
Dan saya membiarkan rindu itu dibalas sendiri oleh ALLAh Azza Wa Jalla.
Sungguh saya sayang pada sahabat saya. Dan sungguh saya ingin sentiasa dia berada dalam pelukan Ilahi.

Hei kamu, yang merasakan saya adalah sahabat kamu,
Saya sayang pada kamu
Saya ingin bersahabat dengan kamu
Di dunia sampai akhirat

Sudikah kamu menjadi sahabat saya?
Maka genggamlah tangan saya
Saya akan pastikan genggaman ini tidak akan terbuka
Sehingga waktu ALLAh menentukan

Dan boleh tidak kita perbaharui persahabatan ini?
Biar kita sama-sama melakukan amalan yang istiqamah pada-Nya
Malah mungkin kamu lebih dariku dalam hal itu
Memperbaharui persahabatan yang satu ini
Dengan disaluti keimanan
Ya, keimanan!

No comments:

Post a Comment