Word for Today!

Wednesday, January 12, 2011

fwd: Peringatan buat kaum wanita..


Dipetik daripada kitab MUHIMMAH, karangan SHEIKH ABDULLAH BIN ABDUL RAHIM FATONI 1384 HIJRAH. Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA; Adalah pada suatu hari,aku masuk ke dalam rumah NABI MUHAMMAD SAW. "siapa yang dipintu itu?" maka sahut Siti Fatimah; "kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menjengukmu ya Rasulullah". Maka tatkala RASULULLAH membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangisan yang sangat. Maka kataku,(SAIDINA ALI RA) baginya; "Penebusmu (adalah) aku,engkalulan bapaku dan ibuku YA, RASULULLAH. Apakah yang menyebabkan engkau menangis...??"

Maka sabda RASULULLAH SAW: "Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada ummatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu, kerana itulah aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa". Berkata Ali RA: "Ya Rasullullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Maka Sabda Rasulullah SAW:

Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan aku lihat pula, seorang perempuan yang tergantung 2 kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan 2 tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan minyak panas ke dalam lehernya; dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan 2 susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Adapun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak(mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu, dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan

Aku lihat pula, seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya, manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada bawahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan 2kakinya kepada 2susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala jengking hak keadaannya memakan ia akan (ular dan kala jengking) akan dagingnya dan meminum perempuan itu akan darahnya; dan

Aku lihat pula perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam tekaknya api neraka padahal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir di dalam hidungnyadan segala badannya itu amta busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanyadan dua susunya dan api neraka memakan isi perutnya; dan lagi

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnyaseperti tubuh keldai dan di atasnya itu beribu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya, dan keluar api itu daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badannya dengan pemukul api neraka.

Kata SAIDINA ALI RA: Maka berdirilah Siti Fatimah RA lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa2 mereka itu hingga jatuh atas sekalian mereka itu dengan berbagai-bagai siksaan itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW:

Adapun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya dia tidak mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia.

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan 2 susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susunya(kepada bayi yang lain) tanpa izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan 2 kakinya di dalam tekaknya api neraka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung, dan memakan ia akan tubuhnya sendiri dan api neraka dinyala-nyalakan daripada bawahnya; maka sesungguhnya ia menghiasi tubuhnya kerana orang lain dan tidak menghiasi tubuhnya untuk suaminya.

Dan adapun yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan 2 kakinya kepada 2 susunya dan ditambatkan 2 susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala jengking hak keadaannya memakan ia(ular dan kala jengking itu) akan dagingnya dan meminum akan ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci akan badannya dan tidak mandi junub dan haid, dan daripada nifas. dan meringan-ringankan akan solat.

Dan adapun yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu, yang dalam tekaknya api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya(perempuan yang menduakan suaminya hingga dapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya sangat mengadu-adu(adu domba/batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ke dalam duburnya dan keluar daripada mulutnya; maka bahawa sesungguhnya ia daalah sangat membangkit akan manusia(mengungkit-ungkit pemberian sesuatu@pertolongan) lagi banyak dengki-mendengki.

wahai Nabi,kataknlah kpd istri2 mu,ank2 prmpuanmudan istri2 org mukmin: hendaklah mrk mlabuhkan jilbab nya kes luruh tubuh mrk...yg dmikian it spaya mrk lbih mudah utk di knali...krn itu mrk tdk di ganggu...dan Allah adlh Maha Pengmpun lagi Maha Penyayang...

SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W:
"ADA PUN PEREMPUAN YG TERGANTUNG RAMBUTNYA DAN MENDIDIH OTAK KEPALANYA; MAKA BAHAWA SESUNGGUHNYA IA TIDAK MAHU MENUTUP RAMBUTNYA DARIPADA LELAKI YG HARAM MEMANDANG DIA"
*ssungguhnya, aurat wanita ISLAM itu, adalah SELURUH TUBUHNYA, KECUALI MUKA & TAPAK TGN shj.. baju tidak boleh KETAT, JARANG, NIPIS, dan PENDEK..tidak takutkah kita dgn API NERAKA..??

Wahai wanita muslimah, tutuplah kecantikan dirimu itu dgn pakaian Iman, labuhkanlah tudungmu itu melepasi paras "dadamu", apa istimewanya dirimu utk dipersembahkan kepada suamimu, jika smuanya sudah dilihat oleh lelaki2 yg HARAM memandangmu..??


NA'UZUBILLAH HI MIN DZALIK!! SAMA-SAMA LAH KITA BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT... =(

*untuk disebarkan... tidak perlu meminta izin saya utk SHARE...=)
bagi kaum ADAM, dpersilakan utk share@utk anda memperingatkan wanita2 yg anda sayang..(isteri, kakak, adik,kawan2..)

wallahua'lam..
*sumber: bahan ilmiah

No comments:

Post a Comment