Wednesday, January 5, 2011

fwd: Persoalan ISLAM: Diri & Manusia

Umat ISLAM,
Bagaimanakah kita ingin memulakan menyebarkan ISLAM, IMAN dan IHSAN melalui perpaduan?

Umat ISLAM,
Adakah kita ingin menjadikan AL-QURAN sebagai panduan hidup diri, keluarga dan masyarakat?
Adakah kita ingin mengambil al-Sunnah sebagai contoh hidup diri, keluarga dan masyarakat?

Umat ISLAM,
Apakah kemampuan jihad kita demi keutuhan ISLAM?

Umat ISLAM,
Mengapakah kita sering bertanya perihal ISLAM hanya pada diri dan kenalan diri sahaja?

Umat ISLAM,
Bilakah tindakan yang kita ingin laksanakan pembangunan diri terhadap ISLAM secara jitu?

Umat ISLAM,
Siapakah sebenarnya kita yang berperanan sebagai KHALIFAH di dunia ini?

Umat ISLAM,
Kita sering mempersoalkan penguasaan menerajui negara ISLAM.
Kita sering mempertikaikan pelaksanaan keputusan dasar para pemimpin ISLAM.

Umat ISLAM,
Marilah kita bersama-sama berhimpun untuk bersatu membicarakan rancangan pelaksanaan membangunkan keutuhan ISLAM.

Umat ISLAM,
Marilah kita lakukan satu anjakan keterbukaan minda berlandaskan Prinsip ISLAM.

Umat ISLAM,
Fitrah manusia dijadikan itu berbilang bangsa. Sebagai manusia yang telah ISLAM dan berIMAN, kita wujudkan kehidupan yang muhibah. Kehidupan kita yang sentiasa mengharapkan keREDHOan ALLAH SWT dengan melakukan seseuatu perkara dengan bersungguh terbaik tanpa terdetik prasangka buruk.

Umat ISLAM,
Fitrah manusia dijadikan itu mempunyai aqal. Sebagai manusia yang telah ISLAM dan berIMAN, kita majukan kehidupan dengan jangkauan paradigma ISLAM.

Umat ISLAM,
Marilah kita saling mengingati.
Marilah kita kerap menasihati.
Marilah kita sentiasa memahami peraturan ALLAH SWT berlandaskan AL-QURAN.
Marilah kita selalu melaksanakan amalan Nabi Muhammad Rasulullah SAW melalui al-SUNNAH.

Umat ISLAM,
Mulai hari ini kita mesti bersatu.
Setiap kali kita berselisihan pendapat, kita mesti dapat melihat implikasi terhadap kumpulan masyarakat kita.

Umat ISLAM,
Walaupun hati kita ingin drastik meneguhkan Syiar ISLAM, kita wajib memastikan kumpulan masyarakat kita dapat memahami ISLAM.

Umat ISLAM,
Sejarah peneguhan ISLAM sewaktu zaman Nabi Muhammad Rasulullah SAW sering digambarkan secara perlahan. Hakikat Dengan Izin ALLAH SWT, Peneguhan ISLAM amat pantas tersebar kerana elemen seruan.

Umat Manusia,
ALLAH merupakan pemilik dan pencipta seisi bumi dan sepetala langit.
ALLAH tiada anak. ALLAH tiada dua atau tiada tiga atau tiada lebih. ALLAH sahaja berhak untuk kita patuh dan meng'abdikan seluruh diri dan jiwa.
ISLAM memiliki segala keperluan norma hidup manusia samada dari aspek agama, bangsa, negara, politik, komunikasi, pendidikan, ekonomi, sosio-budaya, kepemimpinan, kewarganegaraan, perundangan, kehakiman, perhubungan etnik DLL

No comments:

Post a Comment