Thursday, December 24, 2009

Tinta buat bakal suamiku


Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan?
Aku beristighfar memohon keampunanNya .
Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan.
Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu.
Kau ku rasa seolah-olah wujud bersamaku.
Dimana sahaja aku berada, aqal sedarku membuat perhitungan denganmu.
Ku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu.
Malah aku yakin pada gerak hati woman intuitionku yang mengatakan
lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlan seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.
Siapalah diriku ini untuk memilih berlian
sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud dimana- mana
tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain ,
dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli Syurga,
memimpinku ke arah tuju yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusof Alaihissalam yang mampu
mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,
Allah pasti akan mencampakkan
rasa kasih di dalam hatiku jua hatimu kali pertama kita berpandangan
itu janji Allah. Akan tetapi,selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah,
selagi itu jangan kau zahirkan
perasaanmu itu kepadaku,kerana kau masih tidak
mempunyai hak untuk berbuat
begitu.Juga jangan kau lampaui batasan yang telah
ditetapkan syarak.Aku takut perlakuan
itu akan memberi impak yang tidak baik
dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah
dirimu yang diinfaqkan seluruhnya pada
mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah
andai dapat menjadi tiang seri atau pun
sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur
pada Ilahi kiranya akulah yang
ditaqdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan
tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah
atau tersungkur di medan yang dijanjikan
Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akanku
kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri.Itu impianku.

Aku pasti berendam air mata darah
andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu
kepadaku.Bukan itu yang ku
mimpikan.Cukuplah engkau mencintai Allah dengan sepenuh
hatimu.Kerana dengan mencintai Allah
kau akan mencintaiku keranaNya.Cinta itu lebih
abadi daripada cinta insan biasa.Moga cinta
itu juga yang akan mempertemukan kita kembali
di Syurga Aku juga tidak ingin dilimpahi
kemewahan dunia. Cukuplah dengan
kesenangan yang telah diberikan
ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk
kemudahanku sekiranya harta itu
membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap
agama .Aku tidak akan sekali-kali
bahagia melihatmu begitu.Biarlah kita hidup di
bawah jaminan Allah sepenuhnya.Itu lebih
bermakna bagiku.

Ma'assalamah Ilal Liqo' Fiamanillah..

No comments:

Post a Comment