Tuesday, February 23, 2010

KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA, PEREMPUAN PADA MALUNYA

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

Kata orang tua-tua - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir berkubur. Apa tindakan kita sekarang?

"


inikah cinta?
"Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah tuhan yg indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. bercinta memang mudah. untuk dicintai juga memang mudah. tapi untuk dicintai oleh orang yg kita cintai itulah yg sukar diperolehi. anyamlah buih2 dilaut demi membuktikan cinta yg suci tanpa menodai keaslian pantai.



cinta sebenarnya tidak buta. cinta adalah sesuatu yg murni, luhur dan diperlukan. apa yg buta ialah bila cinta itu menguasai diri tanpa pertimbangan. bukan laut namanya jika tidak berombak. bukan cinta namanya jika tidak pernah terluka. bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. cinta bukanlah dari kata2 tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yg memerlukan. tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalanan hati naluri. cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri. lemparkan seorang yg bahagia bercinta ke dalam laut pasti dia akan membawa seekor ikan. lemparkan pula seorang yg gagal bercinta ke dalam gudang roti, pasti dia akan mati kelaparan.

Cinta pertama adalah kenangan. cinta kedua menjadi pengajaran. dan cinta yg seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. lantaran itu bajailah cinta yg dianugerahkan dengan sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim. jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan tuhan yang maha agung. sesuatu percintaan yg terjalin diantara dua insan itu tidak akan ada kemesraan sekiranya sentiasa dibayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yg tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun. usah gembira pada kelahiran cinta pertama. jua usahlah menangis diawal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi. bukan dikatakan cinta apabila yg menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. tetapi cinta itu ialah perkongsian didalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yg kamu cintai itu tidak kurang pentingnya dari kamu. dalam percintaan janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

Ketahuilah orang yg lebih menyintai diri kita daripada kita menyintai diri orang itu. itu lebih baik daripada menyintai orang yg kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain. cinta yg suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata. cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta. berkasih sayang adalah satu akhlak yg mulia. oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih2 lagi kepada Allah kerana Allah terlalu kasihkan hambanya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.
"

No comments:

Post a Comment