Guru diibarat lilin, membakar diri menerangi orang lain. Itu ungkapan
paling sesuai yang digunakan untuk menggambarkan pengorbanan guru sejak
dahulu sehingga sekarang.
Seorang ibu kepada pelajar darjah
tiga, Zeeda Aziz baru-baru ini menaikkan status di laman sosial Facebook
tentang anaknya yang ditampar guru dan tidak mengambil keputusan untuk
melaporkannya kepada pihak berkenaan.
Ujarnya, ciri itu merupakan yang dicari selama ini untuk menjadi tutor peribadi kepada anaknya.
Berikut adalah kenyataan status Facebook ibu pelajar darjah tiga yang ditampar gurunya, Zeeda Aziz:
Status facebook Zeeda Aziz yang memberi pujian kepada guru yang menampar anaknya - Gambar Facebook
Zeeda kemudian mengemas kini laman Facebooknya pada 8 September dengan status berikut:
Alhamdulillah, aku banyak menerima feedback yang baik dari guru2, hasil dari luahan melalui status aku tempoh hari.
Aku turut mendapat panggilan telefon dari guru anak aku, bertanyakan
tentang status yang ditulis. That article was written to praise her for
doing an excellent job as a teacher and Alhamdulillah she accepted it
with pride. You earned that, teacher. You are an amazing educator.
Aku tanya Danish hari ini, cikgu mana yg dia paling suka/admire.
Without hesitation, Danish jawab, "My English teacher." There you go.
Hanya satu tamparan, meninggalkan kesan ke dalam diri dia, dan itu
membuatkan Danish sangat berminat dengan kelas Bahasa Inggerisnya.
Ada ibubapa berpendapat hubungan anak dan ibubapa sepatutnya jadi
seperti bff. Benarkah ada hubungan bff di zaman ini? Ibubapa balik rumah
pegang smartphone, sibuk ber'whatsapp' dan ber'facebook'. Siapa bff
anak? TV? Tablet?
Siapa yang mendisiplinkan anak? Upin & Ipin?
Permainan anak2 yang bersepah dikemaskan bibik.
Siapa yg mendidik anak supaya menjadi lebih bertanggungjawab?
Beban ini kemudiannya ditanggung oleh guru2 di sekolah. Pelajar menjadi
nakal kerana tidak dipedulikan di rumah. Namun, bila pelajar menerima
hukuman, ibubapa bertindak seperti panglima perang datang menyerang.
"Usah jentik anak aku, sebab aku sendiri tak pernah marah anak aku di
rumah".
Exactly!
Anak yang melihat kuasa ibubapa
menekan guru mereka, mula rasa ego mereka mencanak naik. Guru dilihat
seperti orang suruhan ibubapa mereka. Ada ibubapa mengherdik guru,
mengatakan duit gaji guru adalah hasil dari pembayaran cukai ibubapa
ini. Besar sekali lagak ibubapa. Semakin besar kepala anaknya nanti.
Jika kamu tak setuju dengan pemikiran aku, itu bukan masalah bagi aku.
Pada aku, tak semua orang mampu menyandang profession sebagai seorang
pendidik. Sedangkan kamu seorang yg terpelajar pun, hantar anak ke
tadika untuk belajar ABC, 123. Kenapa tak mengajar sendiri? Sukar bukan?
To all teachers, you have my respect. Dan aku akan cuba pastikan anak2
aku tetap menghormati dan mengingati jasa guru2 mereka supaya mereka
sedar, tanpa guru, mereka tak akan jadi orang yg berilmu dan beradab.
"Bapak yang bersalah.. Bapak yang membesarkan Sazali dengan penuh kasih
sayang dan kemewahan. Segala kemahuan Sazali bapak turutkan. Segalanya
sudah terlambat" - Anakku Sazali