Word for Today!

Friday, February 5, 2016

Warkah buat En. Jodoh..

Assalamualaikum...

Kehadapan En.Jodoh yang dinanti...

Awak adalah salah satu rahsia Allah buat saya. Siapa awak, kat mana awak, semua tak saya tahu melainkan Allah Yang Maha Mengetahui. Melalui warkah ni, saya just nak sampaikan kat awak, saya dah sedia utk jadi Isteri awak...

Tapi, Allah lebih tahu. Mungkin benar, mungkin tak. Saya cuba sedaya saya utk lengkapkan ilmu didada, utk jadi sayap kiri bagi perjuangan awak. Saya rasa, saya dah sedia, tapi ia tetap rahsia Allah utk kita.

Jadi, saya jua berharap, sekarang, awak juga sama. Melengkapi kewajipan awak utk menjadi imam kepada saya, anak-anak dan keluarga kita kelak. Saya harap, apabila Allah telah mengizinkan utk kita berjumpa, saat itu...awak dah sedia^^

Awak...jika mungkin bukan jodoh kita di dunia, saya harap utk jumpa dan bersatu dengan awak di alam syurga. Kerana Mati juga adalah rahsia. Mungkin jodoh, mungkin mati yang memanggil terlebih dahulu, sesuatu yang tak akan kita sangka. Jadi, saya mohon pada awak, doakan saya sentiasa. Kerana saya jua akan turut mendoakan awak.

Sekian...

Yang ikhlas merindui,

Bakal isterimu...

No comments:

Post a Comment