Sunday, July 21, 2013

130721:2231: Suddenly....

Assalamualaikum and greetingsssss~~~~~~!!!!!^^

Tetiba...terasa nak mencoret disini...dah lama tak bercerita rasanya... banyak yang tersimpul belum terungkai... ada yang patah belum dicantum... mungkin yang rapuh belum juga kukuh...amboi amboi ayat... sastera nyeee haiii~~~ =P Mungkin sebab tetiba kan tadi kena jadi "penasihat cinta"..ececeh! Sendiri takde pengalaman boleh pulak nak nasihat orang yek..hihi...boleh je pun..no problemas... pengalaman bukanlah permulaan...tapi pengalaman tu pengajaran...pengalaman tak semestinya kena lalui sendiri...pengalaman orang lain pun boleh dijadikan iktibar dan pengajaran...is it rite? yup! totally! hehe^^

Well..well..well..apa kisah malam ni yer? hmmm... Sebak hati tadi, dengar sahabat menangis sayu di hujung talian... hendak dihulur bahu, tidak kesampaian... hanya mampu diusap dengan kata-kata madah penuh perasaan... Moga dirimu tenang dan dikurniakan penyelesaian dari Yang Maha Penyayang...Aamin.. 8 tahun kami bersahabat... banyak pahit manis suka duka dengan dia... Dulu, waktu aku jatuh tersungkur ke tanah... dia sentiasa di sisi... memang tak banyak kata yang mampu dia luahkan untuk mengisi kekosongan hati seorang anak yang baru kehilangan ibunya..tapi..apa yang aku sentiasa ingat...tangannya tak pernah segan untuk menyapu air mata yang sentiasa mengalir dingin...menompang bahu yang seakan sendeng... dia sentiasa ada untuk berkongsi duka... walaupun kerap kali jugak gaduh ngan dia...tapi kasih sayang kami, ukhuwah kami tetap utuh kerana Allah... mungkin inilah dia 'Ukhuwah Fillah'.... walau langkah kami kadang-kadang tersasar... masih boleh diluruskan dengan peringatan demi peringatan... Dia seorang kakak untuk ku, juga seorang sahabat, kadang-kadang menjadi ibu^^ bersyukurnya aku dikurniakanmu sebagai sahabat ku^^ Jadi, kini masanya untuk aku menjadi penyandar tubuh lemahmu, penawar duka hati mu... akan ku cuba semampuku sahabat... walau jarak menjadi penghalangnya....kemodenan arus dunia boleh mengubah segalanya..insyaAllah... Dalam doa ku...ku harapkan kau terus redha dengan ujian ini...Allah sedang mengujimu wahai sahabat...kerana Dia tahu kau mampu...mungkin beratnya hanya engkau yang rasa..tapi ketahuilah...ku sedia hulurkan bahu ini andai dirimu memerlukannya...ingat! engkau bukan keseorangan!^^ 

Malam ni memang malam 'sastera' agaknya...tak tahu kenapa karangannya 'kesasteraan' banget sih...hmmm... Sebut kisah 8 tahun dulu...macam-macam lagi yang terlintas difikiran... Rindunya pada sahabat-sahabat lain yang pernah bersama harungi suka duka...masing-masing sudah ada kehidupan masing-masing... ada yang dah berumah tangga, dah beranak pinak pun mestilah... yang berkerja siang malam, mecari rezeki untuk mengubah kehidupan, yang masih bujang pun ada (aku je kot..hoho..sabor je la)...yang dah merantau ke negeri orang...mahupun seberang....jauhnyaaa...semuaaa...dah terpisah....rindunyaa... tak ape..moga doa menjadi pengikat hati kami.... Moga sahabat-sahabat sentiasa bahagia, aman dan dilimpahi rahmat kedamaian dan ketenangan dari Allah Yang Rahman....^^

Okey...enough with all those memories...let it remain as the most valuable memories for us.. Hoping that our friendship would last till Jannah..insyaAllah! Aamiin~~~!!!!^^ Salam rindu penuh kenangan sahabat-sahabat!!^^ Ana Uhibbukum Fillah!!^^



No comments:

Post a Comment