Wednesday, June 23, 2010

fwd: Sesaat Bersama mu...Ibu...

Whoa, tak sangka, dah hampir 9 bulan aku dalam perut ibu, tak sabar rasanya nak keluar melihat dunia, lebih² lagi ibu selalu bercerita padaku tentang keindahan dan kemeriahan dunia. Pasti seronok apabila keluar nanti, lebih menambah keseronokan pastilah melihat sendiri wajah ibu, yayy, itu yang paling aku nantikan.

Waktu untuk aku keluar tiba, dengan susah payah ibu berusaha mengeluarkan aku. Kesian ibu. Akhirnya aku berjaya dikeluarkan. Gembira aku apabila melihat satu wajah yang seiras aku memelukku. Oh inilah ibu. Aku senyap kembali, selepas tidak berhanti menangis sejak keluar tadi. Oh, bahagianya aku didakapan oleh ibu.

Tetapi, aku pelik, dari tadi aku tidak nampak kelibat ayah. Mana ayah? Hurm, mungkin ayah sibuk, tidak mengapalah. Beberapa jam kemudian, seorang lelaki masuk ke bilik kami. Wajah lelaki itu kelihatan resah. Mungkinkah itu ayah? Ahh, tidak mungkin, kalau ayah, pasti wajahnya gembira. Lelaki itu kemudiannya menyuruh ibu bersiap siap. Nampaknya seperti mahu bergegas keluar dari wad. Kesian ibu belum lega penatnya. “Ibu, kita nak pergi kemana ibu?” tanya aku. Ibu tidak menjawab.

Kemudian, ibu dan lelaki itu membawa aku menaiki kereta. Ibu mendakapku erat, memandangku, wajahnya nampak sedih. Sedang aku asyik melihat wajah ibu. Tiba tiba kereta yang aku naiki berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah taman perumahan. Ibu memberi aku kepada lelaki itu, lantas aku terus berteriak dan menangis tidak mahu berpisah dengan ibu. Kasar sungguh cara lelaki ini memegangku. Aku menangis lagi dengan kuat. Ohh, ibu seperti tidak mempedulikan aku lagi.

Lelaki itu kemudian membawa aku pergi jauh dari ibu dan meletakkan aku ke dalam sebuah tong besar. Semak dan busuk tempat ini. Hey, kenapa letakkan aku disini?! Kemudian, lelaki itu bergegas menaiki kereta membawa ibu meninggalkan aku seorang diri disini. Ibu, tolong! Ibu, aku takut! Aku sejuk! Ibu kenapa tinggalkan aku begini, aku belum puas bersamamu ibu. Aku belum puas dibelai ibu.

Tiba tiba, seekor anjing datang menggigit tanganku yang masih penuh dengan darah. Aduh! Ibuuu sakit! Anjing itu kemudian menggigit tanganku dengan kuat seperti mahu diputuskannya. Kali ini aku meraung sekuatnya. Aduhhhh ibuuu! Tolongg! Aku menangis kesakitan, tetapi kelibat ibu tidak muncul. Akhirnya aku lemah. Kubiarkan saja anjing itu menggigitku, tidak mampu aku melawan.

Ibu kenapa ibu? Aku tak sayangkan aku ke? Kenapa ibu buat begini kepadaku. 9 bulan aku diperutmu, 9 bulan ibu mengendongku, tapi ini yang ibu lakukan. Lebih baik aku tidak keluar jika begini. Ahh, aku kini semakin lemah, suara ku tidak lagi kedengaran. Aku sudah tidak bermaya dan bersemangat lagi untuk hidup.

Tidak mengapalah, ibu aku pergi dulu, mungkin itu yang kau mahukan. Aku rela kembali ke pangkuan tuhan. Cuma satu yang ingin aku tanyakan padamu ibu, tidak takutkah ibu dosa kepada tuhan? Tidakkah ibu tahu bahawa anak adalah satu kurniaan yang paling besar dari tuhan? Terima kasih ibu kerana melahir dan meninggalkan aku. Aku pergi dulu. Aku menantimu “di sana” ibu.

No comments:

Post a Comment