Word for Today!

Tuesday, April 13, 2010

Seorang gadis itu….


Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, Tercipta dari tulang rusuk adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aroma mu bias menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah yang mengundang kekaguman terhadap sang kumbang tetapi awas, duri yang melingkari bias membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya..

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt dan hiasilah wajahmu dengan titisan wudhu’. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah adalah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya…

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga daripada sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir mutiara yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam sesuatu bekas yang tertutup, sudah pasti keinginan untuk melihat permata yang tersembungyi itu melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam… Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dengan gelaran gadis yang kau miliki. Sudah pasti darah muda mu mencabar rasa keimanan yang ada… Namun, ingatlah wahai gadisku.. Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu. Yang penting gadisku, kau mesti punyai azam, usaha dan istiqamah…

Gadisku…akuilah hakikat bahawa dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malu mu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya, Nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu.

“Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kau lelaki, selain fitnah yang berpunca dari wanita…”

Oleh itu gadisku,  setiap langkah dan pakaian mu hendaklah berpaksikan kepada Al-Qur’an dan Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya  Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bakal menggongcangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.

Buat akhirnya, sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Terimalah kata-kata seorang Sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama…

“Cintakan manusia itu tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal. Cintakan seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu, tidak ada cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia itu sendiri…”

Moga-moga kita akan berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti diri kita sebagai muslim. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.. Saya mahu jadi muslimah yang lebih baik setiap saat!!!! InsyaAllah…

No comments:

Post a Comment