Wednesday, April 16, 2014

fwd: BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..
hjmanmus
Plz like & share
https://www.facebook.com/uswahngo
www.uswah.org.my

Sunday, March 9, 2014

PRAY FOR MH370

fwd: Segalanya Mungkin...

Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"
Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah fullpackage."

Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."Pemuda: "Kenapa abah?!

"Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah kak Bedah tu.
"Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya,.Abah tak boleh paksa!"

Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni.
"Pemuda: "Hm! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."

Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.

Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin,maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.

Suami: "Kalau saya suruh awak something, boleh tak?"
Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."

Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"
Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes , selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah.."

Suami: "Emm..insya-All ah.." (Rasa sebak dalam hati). Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar..

Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.

Pemuda: "Terima kasih, abah."
Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami.. Kita bukan nak petik mawar berduri tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"

Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."
Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."

Pemuda dan abahnya ketawa bersama.. Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga ke akhirnya. Yang jahil boleh jadi soleh dan solehah..

Segalanya mungkin.. { Bercinta Selepas Nikah }

fwd: PELAJAR KOREA KEMBALI KEPADA ISLAM

PELAJAR KOREA KEMBALI KEPADA ISLAM

Photo: PELAJAR KOREA KEMBALI KEPADA ISLAM

“What is Islam?” itulah soalan yang tertanya-tanya didalam benak saudara Kim…

Kim; seorang pelajar antarabangsa (Internation student exchange program) yang mencari-cari erti kehidupan sehingga beliau merantau ke Malaysia untuk melanjutkan pengajiannya dan mempelajari budaya orang asia. Kim mengalami sedikit kejutan budaya pada peringkat awal apabila menjejak kaki ke Malaysia apabila melihat begitu berbeza sekali suasana disini berbanding negara asal beliau.

Di negaranya, lelaki dan wanita lazimnya berpakaian seksi serta berfesyen berbanding kaum wanita di Malaysia (khususnya UTM) dimana ramai yang berhijab, lelaki pula berpakaian sopan, masjid pula begitu banyak dan cantik. Beliau begitu teruja melihat muslim yang berbondong-bondong ke masjid untuk solat apabila azan berkumandang walaupun ketika waktu bekerja. Begitulah suasana di Malaysia khususnya di dalam kampus UTM. 

Ini telah membuatkannya ingin lebih mengetahui tentang Islam. Namun, beliau tidak boleh berbahasa  Malaysia. Tambahan pula sifat masyarakat Islam yang lazimnya begitu jarang sekali melakukan dakwah serta menyampaikan Islam kepada orang lain. Tambahan pula Ia harus dilakukan di dalam Bahasa Inggeris.

Melalui kenalan kawannya (moga Allah membalas kebaikannya), Kim ditemukan dengan Hidayah Centre Johor (HCJ) dan mulai menghadiri sesi mingguan ISLAMIC FOUNDATION STUDY. Hidayah Center yang bernaung dibawah Pertubuhan IKRAM Malaysia berperanan untuk membimbing saudara baru, menjadi pusat maklumat mengenai Islam khususnya dari kalangan bukan Islam, dan berkongsikan keindahan Islam kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Pada awalnya, Kim merasakan sudah memadai kita percaya bahawa wujudnya Tuhan dan lakukan sahaja perkara yang baik. Ujar beliau: “Saya rasa semua agama adalah sama kerana ia mengajak kebaikan. Yang penting, kita percaya kewujudanNya.” 

Namun, apabila ditanyakan kepadanya: “Alhamdulillah kamu percaya wujudnya Tuhan namun Siapakah Tuhan yang kamu percayai ini? Apakah tujuan kamu melakukan kebaikan?” Beliau terus tergamam kerana tidak pernah memikirkan soalan sedemikian. 

Pertanyaan diteruskan lagi dengan: “Agak-agaknya, apakah tujuan Tuhan menciptakan kamu? Adakah sudah memadai dengan sekadar percaya kepadaNya tanpa mengenali-Nya?”. Persoalan ini membuka minda dan hatinya untuk terus mengenali Islam maka kami mengajaknya untuk belajar dan bertanya tentang Islam secara perlahan-lahan dan konsisten.

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 256)

Makna Surah Al-Baqarah, ayat 256 itu disampaikan kepadanya dengan menjelaskan bahawa tiada sesiapa yang boleh memaksa sesiapa pun untuk menerima Islam. 

‘Islam’ itu sendiri bermakna ‘Pengabdian atau berserah diri secara ikhlas, secara damai kepada Tuhan sekalian alam ini’. Oleh itu, tak mungkin seseorang itu boleh dipaksa untuk ikhlas dan menyerah diri (submission) kepada Tuhan melainkan dirinya rela hati menerima Islam. Kepada Allah jualah miliknya petunjuk Hidayah dan Cahaya kebenaran dan Dia memberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya:

“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al- An’am: 125)

“Siapakah Nabi Muhammad itu?” Soalan ini ditanyakan oleh Kim. Kemudianya, Al-Quran terjemahan Inggeris ditunjukkan kepadanya:

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah: "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?" (Surah Al-Anbiya, ayat 107-108)

“Now you know what is Islam and Muslim…Are you a Muslim (one who submit to Allah)?” Jawab beliau: “I am ready to be a muslim”. 

Alhamdulillah pada 5 Mac 2014, Kim sudah bergelar Muslim dan kembali sujud kepada Allah sebagaimana seluruh makhluk sujud pada-Nya.

Dengan menyedari bahawa beliau akan menghadapi perubahan hidup yang ketara setelah memeluk Islam dan kemungkinan akan dipinggirkan oleh manusia lain, beliau tetap pegang kepada kebenaran yang dijumpainya. 

Mohon sahabat semua untuk terus berdoa agar Kim terus istiqamah dalam Islam dan dibimbing-Nya sentiasa berada di jalan yang lurus.

Hidayah Centre Johor
www.facebook.com/hcjohor
IMJ- 020 dengan sedikit suntingan bebas 

fwd: Sekadar Renungan Bersama Tentang Hari Kiamat...

Ya Allah takutnya td tgk rancangan Cinta Ilmu TV alhijrah, Ustaz Badli shah cerita ttg Dajjal.
Diceritakan 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal, Allah akan perintahkan:
1) tahun pertama: utk langit mengurangkan hujan 1/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok2 sebanyak 1/3 juga.
2) tahun kedua: utk langit mengurangkan hujan 2/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok2 sebanyak 2/3 juga.
3) tahun ketiga: utk langit tidak turunkan hujan langsung dan bumi tidak lagi menumbuhkan sebarang tumbuhan.
Lalu dunia akan mengalami kemarau luar biasa, tiada binatang yg hidup kecuali beberapa ekor yg Allah kehendaki. Ketika itu Dajjal akan muncul. Di saat inilah kita semua akan mengalami fitnah terbesar iaitu fitnah Dajjal.
Dajjal mempunyai kuasa utk menurunkan hujan, dan berkuasa menumbuhkan pokok2. Dajjal dikatakan membawa sungai2 (bagaimana caranya wallahualam) yg berupa sungai api dan sungai air yg sejuk, dan mempunyai gunung roti. Dajjal mempunyai syurga dan nerakanya sendiri utk memperdaya manusia.
Ketika itu, Dajjal akan menawarkan bantuan kpd manusia tatkala bumi sedang nazak dgn kemarau, tanpa air dan makanan. Lalu yg tidak beriman dgn mudahnya akan mengaku Dajjal adalah Tuhan kerana Dajjal berupaya menurunkan hujan dan menghidupkan tumbuhan. Selain sungai dan bekalan gunung roti.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, ketika Dajjal menawarkan air sungai, pilihlah sungai api, celupkan kepala ke dlm sungai api itu lalu minumlah kerana itulah air yg sebenar.
Yg tidak beriman akan terpedaya memilih sungai air, iaitu sebenarnya adalah api.
Persoalannya, mampukah kita percaya bahawa api itu air dan air itu sbnrnya api? Di saat kita semua dlm keadaan terdesak? Tepuk dada tanya iman...
buatlah persiapan dr sekarang kerana tanda2 kiamat semua sudah ada. Kita di selangor sedang alami catuan air, salah satu krisis air..bumi sudah memberi petanda lah tu...tingkatkan keimanan atau terus leka? Pilihan di tangan sendiri
#copy paste dr kawan