Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"
Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah fullpackage."
Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."Pemuda: "Kenapa abah?!
"Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah kak Bedah tu.
"Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya,.Abah tak boleh paksa!"
Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni.
"Pemuda: "Hm! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."
Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan
tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri
isteri solehah idaman kalbunya.
Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin,maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.
Suami: "Kalau saya suruh awak something, boleh tak?"
Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."
Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"
Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama,
cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya
al-Quran..siyes , selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak
belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup
hanya belajar di sekolah.."
Suami: "Emm..insya-All ah.." (Rasa
sebak dalam hati). Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu
lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk
belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan
untuk belajar..
Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.
Pemuda: "Terima kasih, abah."
Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami.. Kita bukan nak petik mawar
berduri tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga
mawar yang dipetik, pasti layu tapi bunga mawar yang bersama dengan
pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"
Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."
Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."
Pemuda dan abahnya ketawa bersama.. Pemuda dan isterinya hidup bahagia
hingga ke akhirnya. Yang jahil boleh jadi soleh dan solehah..
Segalanya mungkin.. { Bercinta Selepas Nikah }
No comments:
Post a Comment