......26 May 2011.....
Pagi
tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk
sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja
di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu
makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya..
Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki,
tapi berkopiah.
Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan
kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun
lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan
aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut
dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas
tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik
dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah
bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana
pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai
yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas:
Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari.
Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung
pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan
bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik
td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka
kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini.
Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah
tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom."
Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang
beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang
tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik
tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik
tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau
cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2
wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga
pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya?
Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2
mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...
Pakcik
tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk
aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira.
Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku
hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku
seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil
duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu
sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit
seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu
bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan
apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan
oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah.
Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang
agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu
apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku
berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik
kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku
sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana
doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa,
aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan
dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke
belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum
tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka
semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Nak
tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota
kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima
untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang
ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai
helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat
bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
(Copy pasted - Warta Dari Hati)
Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina
kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt
No comments:
Post a Comment