SEDIH...!SEDIH..!SEDIH..!
Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama
sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu
yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada
satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3
bulan yang lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,
“Salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai
kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat
menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4.
Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan
pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak
kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu
hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja.
Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh
habis ke prepaid tu?
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu
asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah
panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu
walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di
umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu
banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun
hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan
abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah.
Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah,
kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk
biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana
tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari
sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar
dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai.
Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu
cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.
Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat
tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja
ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu
dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu.
Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan
istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma
diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah
kami ibarat tabung pada kamu sahaja?
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh
dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi
seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab
sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu
tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
Abah tak minta banyak…
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara
tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis
pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu
kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini.
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.
Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula
kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di
hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan
abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.
Maafkan abah atas segalanya.”
Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana
tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi
buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua
ayahnya.
~~~Hargai orang tua kita selama dia masih hidup...kadang kala kita
terlalu sibuk dengan kerja...sampaikan kita lupa akan dia yg membesarkan
kita...memberi pendidikan utk kita bekerja..mengajar kita berjalan utk
bekerja..
JANGAN NANTI ANAK KITA AKAN MELUPAKAN KITA SEPERTIMANA KITA MELUPAKAN
IBUBAPA KITA
SHARE DENGAN KAWAN DAN ANAK KITA...
No comments:
Post a Comment