Al Kisah....Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke
kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.Awak tak rehat ke
Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.Kenapa alif
tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50
sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt
beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi
sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap
50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk
maluPerasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini
masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita
memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt
besar ertinya.Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la
ye?Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu.
Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita
akan bertambah..Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak.
Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah,
limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka
semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.Huh macam terpukul
sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50
sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.Mungkin kisah
ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin
Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan
berinfak.Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah?
Ayuh kita berazam utk lebihkan bersedekah. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua.
Ayuh kita berazam utk lebihkan bersedekah. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua.
No comments:
Post a Comment