Monday, August 15, 2011

fwd: HUTANG PUASA ORG YG MNGGAL DUNIA

Hadith :
Dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah saw. bersabda:”Sesiapa yang meninggal dunia dan ia mempunyai tanggungan puasa, maka walinya harus berpuasa untuk membayar tanggungannya.
(Muslim)
Huraian
1. Kelompok orang-orang yang tidak wajib puasa adalah orang tua yang tidak kuat untuk berpuasa, wanita yang sedang mengandung, dan wanita yang sedang menyusukan anaknya (boleh berbuka jika tidak mampu meneruskan kerana dikhuatiri akan mendatangkan mudharat pada ibu atau anak).
2. Puasa ibu bapa yang tertinggal boleh diganti jika diketahui jumlahnya tetapi jika tidak diketahui atau tidak diwasiatkan tidaklah perlu diganti, namun adalah lebih baik disedekahkan sedikit harta dan diniatkan untuk Allahyarham serta memohon keampunan atas segala dosa-dosa mereka kerana doa anak yang soleh adalah sedekah jariah yang akan sampai kepada si mati.
3. Namun orang yang wafat dalam keadaan mempunyai hutang nazar puasa, harus digantikan oleh walinya, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :”Sesiapa yang wafat dan mempunyai hutang puasa nazar hendaklah diganti oleh walinya.” (Bukhari & Muslim)
4. Puasa adalah hak Allah, jika ditinggalkan maka ia menjadi hutang. Oleh itu orang yang berhutang atau walinya wajib melangsaikannya .
source: JAKIM

No comments:

Post a Comment