Saturday, March 19, 2011

fwd: Puisi Hari Ibu...

Tiada kata secantik bahasa;
Hendak ku coretkan;
Tiada syair seglamour Syair Si Pari –Pari,
Tiada lagu segermersik dendangan Siti,
Hendak ku nyanyikan buat ibu.

Namun,
Cebisan rasa ini ikhlas kutujukan,
Agar dikau tahu,
Kasihmu sentiasa kujunjung,
Sayangmu sering kusemat,
Rindumu pasti kubawa kemana-mana.

IBU…..
Walaupun kenakalan ku menguji kesabaranmu,
Namun sedikitpun tidak mengurangkan sayangmu,
Malah…kau bimbing ku dengan tabah & sabar,
Oleh itu,
Sambutlah puisi ku yang tiada puitisnya ini,
Untukmu…..
SELAMAT HARI IBU 
 
by: Anis Adibah Hashim

No comments:

Post a Comment