Friday, August 7, 2009

"Aisyah Aqilah"


Saya da selamat melahirkan baby girl 2.5 kg kul 3 pagi tadi :-)
Sender : Aalong (“,)
Sent : 25-Jan-2009
04:05:00

Alhamdulillah…kul 6 pagi baru ku baca mesej tu..huhuu…dapat anak sedara la ku pagi ni…hmmmm…abah dari 4 pagi lagi dah tak senang duduk… “pagi ni kita terus ke Taiping yer…” huhuhu…tak sabar abah, nak gi terima anugerah ‘pangkat datuk’ la katakan…kul 8 pagi terus bertolak ke Taiping, kebetulan gak, angah pun balik cuti, leh la gi rai anak sedara sama-sama..huhu..sume orang nampak happy..nak jupe orang baru la katakan.. Aku pun apa kurangnya, hahaha..maklumla, anak sedara sulong… Abah ngah tak sihat pun leh naik semangat… semangat seorang ‘atuk’…hehehe… Tapi, kalu arwah ummi ada gak kan, mesti lagi happppyyyyy… “Ummi, ummi tau tak, ummi dah jadi nenek tau…tak tau nak cakap camana, tapi jah nak gitau gak ummi, ummi dah jadi nenek ;’-) tahniah...” Takper ker ek??? Bestnyer kalu boleh cakap depan-depan ngan ummi pasal ni... Astaghfirullah…ampuni aku Ya Allah… Cucurilah rahmat-Mu ke atas roh Ummi, moga ummi tenang di sana…amin.

Friday, June 5, 2009

Holding Back The Tears


A picture that gets smeared in white
And my fragrance that seems to have faded away
All get concealed by
The glaring cloud

My heart that has no words
Slowly starts to move by feeling
Those times that slipped through
Are in my hands

I’m holding back the tears…

I walk
Trying to lessen
To weight of my heart
To a place
That is neither close nor far
Where a different me stands
I will not cry

I bring my two hands together again
To a place that will hear it
As I live though these
Unmemorable times

Though it seems stupid
We’re always together
The pain that I
Want to let go
Dries the tears that flows
Through my body

I’m living with my tears…

I walk
Trying to lessen
To weight of my heart
To a place
That is neither close nor far
Where a different me stands
I will not cry

I’m holding back the tears...

I run
Adding to the
Weight of my faith
To a place
That is neither high nor low
Where a different me stands again
With a small smile
I can laugh…

Saturday, February 28, 2009

isteri solehah...

isteri cerdik yang solehah penyejuk matapenawar hatipenajam fikirandi rumah dia isteri di jalanan kawandi waktu kita buntu dia penunjuk jalan
pandangan kita diperteguhkanmenjadikan kita tetap pendirianilmu yang diberi dapat disimpan kita lupa dia mengingatkan
nasihat kita dijadikan pakaian silap kita dia betulkanpenghibur diwaktu kesunyianterasa ramai bila bersamanya
dia umpama tongkat si butabila tiada satu kehilangandia ibarat simpanan ilmu semoga kekal untuk diwariskan

Bermuda triangle???

Tajuk: Misteri dan Jawapan dari Bermuda Triangle
Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya kePulau Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah terhasil iaitu tiga segi. Piramid berbentuk tiga segi, maka ia kukuh hingga kini. Kalau kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi ia sentiasa lebih buat daripada yang berbentuk empat segi. Begitulah istimewanya tiga segi tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan misteri.
Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan. Anda tentu pernah mendengar tentang misterinya Bermuda Triangle. Paling tidak kehilangan skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort Lauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya.Apa yang ada di Bermuda Triangle? Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak lagi menunjukkan arah ke utara. Anda dikira hilang. Satu lagi tempat dikenali sebagai "Devil'sSea"oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak di luar dari kawasan pantai laut Jepun, juga dikatakan memiliki keanehan serupa. Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 kaki, sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris kelihatan okey. Radar di menara kawalan masih menujukkan di mana mereka berada. Semuanya kelihatan normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja, seolah-olah tidak pernah wujud sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran. Ia tiba-tiba ghaib! Apa yang sebenarnya telah berlaku?Teringat saya pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, Apabila salah seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah diaberdiri (meninggalkan tempat itu). Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda Triangle?Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara. Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda Triangle.Perkara-perkara aneh yang berlaku itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antarapanas dan sejuk dan istana syaitan yang mungkin tersembunyi di situ. Malah saya pernah membaca sebuah buku bertajuk Dajjal akan Muncul dari Kerajaan Jin di Segi tiga Bermudaoleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir yang mendedahkan bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan jin dimana dari situlah akan muncul dajjal. Jika benar dakwaan buku ini, tidak syak lagi apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. itu nyata mendahului zaman.Sekali gus ia membuktikan Islam memiliki semua jawapan untuk semua persoalan.Masihkah anda hendak berdolak-dalik? Mari sama-sama merenung dan melihat.

Sunday, January 4, 2009

Gambar Muslimahkah ini???

Foward : MUQADDIMAH
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.
Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”
Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
PENYELESAIANNYA….
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.
Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...Wallahu A’lam..
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...
S e l a m a t B e r m u j a h a d a h