Monday, December 15, 2008

Kisah Benar Di US : Allah Bersama Wanita Yang Baik


Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku.
Moga kita boleh ambil iktibar.
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US,
memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang.
Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu.
Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi
lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan.
Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat l ain ).
Dia pun tanya perogol itu "Why don ' t you do anything to me on that night even though you know that I ' m alone?"
Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim." Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu.
Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI: Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun
malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang
diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah.. Jadi, renungkanlah di mana level ' iman ' kita sekarang ini. Wassalam. Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
[Dari Abdullah bin ' Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.

Wednesday, December 3, 2008

Selamat Berjuang!!!


Malam siang berlalu,
Gerhana kesayuan tiada berkesudahan,
Detik masa berlalu tiada berhenti,
Oh, Syahdunya...

Sejenak ku terkenang hakikat perjuangan penuh onak dan cabaran,
Bersama teman-teman harungi kehidupan,
Oh, indahnya....
Berat rasanya....di dalam jiwa.....
Untuk melangkah meninggalkan semua…
Kasih dan cinta yang terbina iakan selamanya....ho ooooo......

Selamat berjuang sahabatku,
Semoga Allah berkatimu,
Kenangan indah bersamamu,
Takkan ku biar ia berlalu...
Berjuanglah hingga ke akhirnya...
Dan ingatlah semua ikrar kita...

Hati ini sayu mengenangkan,
Sengsara di dalam perjuangan,
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan,
Kedamaian dan jua ketenangan...
Tetapi ku akur pada hakikat..
Suka dan duka dalam perjuangan...
Perlu ketabahan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandaskan iman...

Wednesday, November 5, 2008

Aku hanya Hamba...

Aku hanya hamba
ini ingin sekali
Gemirap Mengambil nama Siti Aisyah sebagai nama ku…
Namun ingin ku buang sifat cemburu,
Wabak pemusnah diri….
Aku ingin menjadi seperti Siti Aisyah ,
Isteri Rasullulallah s.a w yang ilmu penuh di dada..
Walau dalam usia yang hijau…
Naluri ini ingin sekali …
Mencontohi Fatimah Az Zahra
Rotan disediakan setiap kali menghitung diri…
Berbuat silap dengan Saidina Ali…
Solehahnya Fatimah ingin sekali aku jiwai…
Jiwa ini ingin sekali mengambil ,,,
Jiwa Rabatul Adawiyah ….
Menjadi kekasih Allah dari kaum hawa..
Mengharap cinta dan redha Allah semata,….
Bukan hanya pahala atau syurga di sana…
Hati ini ingin sekali menjadi seperti Zinnirah…
Tawanan perang yang buta matanya..
Namun kecintaannya kepada Allah celik sentiasa….
Alangkah cemburunya aku….
Aku merinduiNya …
Kerana aku hanya hamba…..

Rintihan Seorang Hamba



YA ALLAH...
Hamba benar-benar merindui Mu,betapa buntunya diri ini dalam menghadapi dugaan Mu, betapa kerdilnya diri ini di sisiMu…Ya Allah, leraikan kekusutan yang sedang hamba hadapi ini, tabahkan hatiku dalam mengharungi saat-saat yang cukup mencabar ini, berilah hamba kekuatan, hamba bersyukur dengan apa yang Engkau berikan, hamba redha dengan apa yang Engkau kurniakan, hamba terima dengan seikhlas hati…

YA ALLAH…
Adakalanya hamba kuat, dan adakalanya hamba lemah dengan dugaanMu….Ya Allah…seandainya hamba tewas di jalanan Mu, Kau bangkitkan diri ini dengan Nur keimanan Mu,Kau tujukkan hamba dengan hidayah Mu…peliharalah kami dari segala kejahatan YaAllah ……sesungguhnya Engkau tahu apa yang di impikan oleh ummatMu, jadikan hamba seorang anak yang solehah,hanya hidayah Mu pendorong kami untuk menggapai nikmat di Syurga nanti…

WASSALAM…..

Tuesday, October 7, 2008

Balasan suratmu hawa, dariku adam...



Ya Hawa...
Tidak pernah terlintas hati ini untuk marah tatkala membaca teguranmu. Sesungguhnya Hawa aku tidak pernah berasa sesal kerana memintamu sebagai temanku.Engkau penghilang kesunyian hatiku, tiada ruang untuk aku menafikannya.

Aku kenal benar bengkokmu kerana engkau adalah dariku. Aku juga tidak pernah lari dari amanah untuk membimbingmu kerana pesonganmu bererti pesonganku jua.

Hawa...Maha hebat Allah dalam penciptaan-Nya yang mentakdirkan bilangan kaumku kurang berbanding kaummu. Jika bilangan kaumku mengatasi kaummu nescaya kaburlah matamu untuk mendampingi rusuk-rusuk disisiku, dunia dibanjiri tangisan air matamu, Hawa sesama Hawa bermusuhan kerana Adam.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Yusuf dan Zulaikha sehinggalah pada zaman keturunannya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih daripada satu tetapi tidak lebih daripada empat pada satu waktu.

Hawa...Bukan kerana ramai isteri yang menyusahkanku. Bukan juga kerana ramainya bilanganmu yang mencabarku. Tapi, aku risau , gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dahulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti membimbingmu ketika menjadi suamimu.

Namun, terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara...

Hawa...Kau juga pasti tahu bahawa al-Quran juga menyatakan tanggungjawab kaum Hawa dalam mematuhi kaum Adam. Kau diberi amanah untuk mendidik zuriatku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati & mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku & Tuhanmu.

Tapi Hawa, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaummu kini, kamu dan kaummu telah ramai menderhakaiku. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki kamu tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatmu. Jika terpaksa kamu keluar dari rumah mesti berizin dan seluruh tubuhmu mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa...kau telah lebih dari sepatutnya.

Hawa... Mengapa kamu begini? Aku jadi guru kaupun menjadi guru. Aku berceloreng ke perbatasan, kau meyingsing lengan sama-sama keperbatasan. Kekadang aku duduk bersahaja, memerhati gelagat kaummu... Ku perhatikan saja kau panjat tangga di pejabat bomba, kainmu tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Bukan niatku tidak mahu bekerja tapi katamu ”kau boleh buat semua perkara”. Kenapakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang hormatmu terhadapku?

Hawa…Aku tidak pernah marah mahupun sakit hati andainya aku yang dipersalahkan. Kenapa? Mengapa begitu Hawa? Benar…ramai orang berkata anak jahat itu anak si bapak, jika murid nakal, ustat yang tidak pandai mengajar! Hawa, kau selalu berkata, Adam memang ego, sombong tidak mahu dengar teguran, kepala angin. Pada hemat diriku yang lemah ini, Hawa, seharusnya kau tanya dirimu, Apakah ketaatanmu terhadapku sama seperti ketaatan Khadijah kepada Rasulullah? Adakah engkau Hawa melayan aku sama seperti layanan Fatimah kepada Ali karamAllahhuwajjhah? Adakah kata-kata dan perilakumu Hawa boleh dijadikan penenang dan penyejuk mata kaum Adam?

Hawa...Aku sedar diriku imam dan engkau makmum, aku adalah pemimpin kerana engkau perlukan pimpinan. Jika kau taat, maka mudahlah urusanku. Jika kau berkeras, keraslah lidahku menasihatimu. Kau dicipta nafsu beribu, aku dicipta nafsu nan satu.

Akalmu satu, nafsumu beribu. Aku...nafsuku satu akalku bercelaru! Dari itu Hawa...genggamlah tanganku, kerana aku juga sering lupa, lalai dan alpa, sering aku terlepas genggamanku dirasuk oleh akal yang bercelaru dan ber-ibukan nafsu.

Taatilah daku untuk memudahkan aku memimpinmu, perdengarkanlah kata-kata manismu agar sejuk mataku. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahid kekasih Allah.

Hawa…andainya kau masih hanyut dibelai sembilan nafsumu, masih acuh mengikuti langkah para mujahidah, masih megah berkata keramat “aku boleh buat apa yang kamu boleh buat” maka kita tunggu dan lihat, dunia ini akan hancur apabila kaummu yang akan memerintah. Malulah engkau Hawa, malulah engkau kepada diriku, semalulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu..

Wallahu a'lam..