Saturday, December 31, 2011
Thursday, December 29, 2011
Monday, November 14, 2011
Segenggam Tabah [In-team]
Bertali arus dugaan tiba
menakung sebak air mata
namun tak pernah pun setitis
gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
suratan nasib yang melanda
menongkah badai bergelora
diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
patah sayapnya
tetap terbang jua
sekadar secicip rezeki
buat yang sedang rindu menanti
segenggam tabah dipertahankan
buat bekalan diperjalanan
kau bebat luka yang berdarah
kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasib mu
derita buatmu ada hikmahnya
terlukis senyum di bibir lesu
tak siapa tahu hatimu
biarpun keruh air di hulu
mungkinkah jernih di muara
biarpun jenuh hidup di palu
pasti bertemu tenangnya
Manusia tanpa cinta tiada indahnya,
cinta tanpa nafsu tiada nikmatnya,
nafsu tanpa akal tiada jaminannya,
akal tanpa iman punah segalanya...
Sunday, November 13, 2011
Dengan Menyebut Nama Mu Ya Allah....
Yang Maha Pengasih Penyayang...
Segala puji bagi Mu Ya Allah..
Pemelihara seluruh alam raya...
Engkau lah Maha Pengasih dan Penyayang..
Yang menguasai hari pembalasan..
Hanya lah kepada Mu kami menyembah..
Dan pada Mu kami mohon pertolongan...
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus..
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat..
Bukan jalan mereka yang Kau murkai..
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat...
Mohon pada Mu Ya Allah...buka lah pintu hati kami untuk Hidayah Mu Ya Allah.. sesungguhnya kami tidak layak untuk Syurga Mu...tapi kami tidak sanggup untuk ke neraka Mu Ya Allah... Tunjukkan lah kami jalan keredhaan Mu Ya Allah... T__T
Segala puji bagi Mu Ya Allah..
Pemelihara seluruh alam raya...
Engkau lah Maha Pengasih dan Penyayang..
Yang menguasai hari pembalasan..
Hanya lah kepada Mu kami menyembah..
Dan pada Mu kami mohon pertolongan...
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus..
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat..
Bukan jalan mereka yang Kau murkai..
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat...
Mohon pada Mu Ya Allah...buka lah pintu hati kami untuk Hidayah Mu Ya Allah.. sesungguhnya kami tidak layak untuk Syurga Mu...tapi kami tidak sanggup untuk ke neraka Mu Ya Allah... Tunjukkan lah kami jalan keredhaan Mu Ya Allah... T__T
Labels:
My Words
Friday, November 11, 2011
Tuesday, October 18, 2011
fwd: Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU...?
Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
~PERKAHWINAN~
Satu ketika kau bertanya..
.......................
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..
........................
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia
.........................
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya
..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku
..........................
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..
..........................
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar
..........................
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)
..........................
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..
..........................
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang
Satu ketika aku menjawab...
"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"
Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..
..........................
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?
..........................
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku
Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..
Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu
Sudikah kamu wahai .....................?
Aku percaya..kau masih sudi..
"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"
181011 : 18.31 PM : "Nae maeum..."
Assalamualaikum w.b.t and greetings to all~~!! ^_^
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi kerana limpah kurnianya, ku masih di sini, membawa sekeping hati, dari-Nya aku datang dan kepada-Nya jua tempat utk aku kembali... Alhamdulillah... Syukur di atas nikmat Iman dan Islam yg ku miliki... Nak berkongsi sikit apa yg ku dapat dri Usrah semalam..^^ Kata Cik Liya, "senyum lah selalu untuk awet muda" haha.. dengan senyum sahaja, badan kita akan merembeskan sejenis cecair yg dipanggil endorfin (betul tak eja nih..hoho) yg akan 'mengawet mudakan' wajah kita (suka suki jer buat ayat..ngee~~)...ku tau, mesti ramai dah yg tau kan..saja nak share lagi..lagi..dan lagi...lain2 lagi.. "tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah"...kalu kita pandang, kita baca, kita tenung ayat tu..apakah agak2 yg terlintas di fikiran kita?? huhu...dalam hidup ni, kita perlu utk berlumba membuat kebaikan..tak semestinya utk diri kita je, utk org lain pun...^^ orang2 yg memulakan sesuatu kebaikan itu lebih dipandang tinggi disisi Allah.. jadi, jom la kita ramai2 pakat2 buat kebaikan...tak susah, tak payah..senyum pun da cukup kerana ia pun adalah sedekah... awet muda lagi tu..haa..Subhanallah..Pemurahnya Allah, beri kita bermacam-macam kebaikan dalam hanya 1 perkara... kalau kita sedar...Alhamdulillah...^^
Silaturrahim sesama manusia pun perlu dijaga, kerana kita adalah saudara... Rajin-rajin kan diri utk mengucapkan salam dan menjawab salam...kerana salam juga doa yg boleh mengeratkan silaturrahim sesama ummat Islam... ^^
Labels:
My Words
Wednesday, October 12, 2011
fwd: 13 tahun mencari CINTA...
Saya yakin ramai yang terkejut kerana tiba-tiba saja saya mengumumkan
bahawa saya akan berkahwin. Hehe. Saya sendiri pun macam tak percaya
bahawa saya akan berkahwin pada tahun ini. Dan bila sudah selesai akad
nikah, rasa macam tak percaya saya sudah pun berkahwin. Dan yang paling
kerap ditanya : Kenapa tiba-tiba nak kahwin dan macam mana bertemu
dengan suami? Ish ish ish. Terlalu ramai yang bersemangat inkuiri yang
tinggi ni.
Cerita Versi Sarah
Saya dan suami merupakan teman sekelas dari darjah 4 hingga 6. Kami
kenal sejak sekolah rendah lagi. Dia pelajar yang baru berpindah masuk
ke sekolah itu pada tahun 1995. Kami tidak rapat pada mulanya.
Sehinggalah tahun 6, barulah kami bertegur sapa. Itupun kerana kami
berdua diletakkan oleh ustazah di bilik guru untuk program gempur UPSR.
Kawan-kawan yang lain semuanya belajar di dalam dewan. Seingat saya,
sejak itu baru kami ada bertegur sapa dan tolong menolong dalam
menyiapkan latih tubi UPSR.
Kali terakhir bertemu dengannya ialah pada hari keputusan UPSR
diumumkan di penghujung bulan Disember 1997. Hanya kami berdua yang
mendapat 5A di sekolah. Tapi, kami langsung tak sempat bertegur sapa
selepas mengambil keputusan masing-masing. Memang sekadar di situ.
Kemudian dia ke hilir dan saya ke hulu. Saya menyambung tingkatan 1 di
Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan saya sekadar mendengar
berita bahawa dia kembali bersekolah di Kuala Lumpur. Sejak itu, kami
langsung tidak bertemu lagi.
Saban tahun, saya memang tidak pernah melupakan dia sebagai kawan
saya. Pelik juga. Saya ingat terlalu banyak fakta tentang dirinya. Saya
ingat tarikh lahirnya, alamat rumahnya, nombor plat kereta ibunya, warna
dan jenis kereta ayahnya, nama adik-adiknya juga habitnya ketika tekun menjawab soalan di dalam kelas. Huhu. Kelakar juga bila diingat.
I have no reason why I remember every single fact about him.
Yang saya ingat, ketika bersekolah di Al-Khairiah, setiap kali saya
ada mengenali kawan-kawan baru yang kebetulan mempunyai latar belakang
pernah bersekolah di Al-Amin Gombak, saya akan jadi tersentak. Dalam
hati mesti berkata : 'Thaariq kemungkinan bersekolah di sini lagi
agaknya.' Dan bila sudah agak serasi dengan kawan itu, saya akan
bertanya kepada mereka berkemungkinan tak mereka mengenali pelajar
bernama Ahmad Thaariq. Huhu. Sadis betul mengenang kembali kisah
menjejak dirinya suatu ketika dahulu. Sayangnya, memang tetap tidak
berjaya untuk mendapatkan berita terkini tentang dirinya.
Sebaik selepas tamat SPM, saya ditawarkan ke Rusia oleh JPA. Selepas
seminggu orientasi, saya mula masuk ke kelas untuk mengikuti kelas
Bahasa Rusia. Ketika sesi suaikenal, salah seorang pelajar dalam kelas
itu ada menyebut dia dulu bersekolah di Al-Amin Gombak sebelum berpindah
ke MRSM Pengkalan Chepa. Dalam hati saya terdetik: 'Oh, ni sebaya ni.
Ada chance dia kenal Thaariq ni. Hehe.'
Dan apabila bertanya kepada kawan itu, menurutnya, Thaariq telah
berpindah sekolah ke Johor selepas tingkatan 2 dan mereka juga sudah
tidak berhubung sejak itu. Hati kembali kecewa. Sejujurnya, perasaan
saya pada ketika itu ialah kecewa kerana seorang kawan yang baik dengan
saya suatu ketika dulu terputus hubungan dengan saya dengan begitu saja.
Langsung tidak dapat dikesan di mana dia berada sejak habis UPSR. Saya
sungguh terkilan akan hal itu.
Ketika zaman Friendster sedang memuncak pada tahun 2004, saya cuba mencarinya. Tidak jumpa. Pernah meng-google
namanya pada tahun 2005 dan 2006. Tidak juga jumpa. Memang tiada rezeki
saya agaknya. Pada masa yang sama saya pernah terfikir, agaknya
ingatkah dia pada saya, kawan baik yang sama-sama belajar semeja-guru
dengannya dulu?
Sehinggalah ketika saya sedang dalam hiatus sebelum final exam
menjelma ketika di tahun akhir di Moscow dulu. 4 Jun 2009. Itulah
tarikhnya. Saya melihat capaian masuk ke blog saya pada waktu itu. Saya
lihat, ada seseorang yang menjumpai blog saya dengan menggunakan kata
carian 'Siti Sarah Al-Mukmin'. Langsung, ia membuatkan saya terfikir.
Ini semestinya kawan-kawan Al-Mukmin yang meng-google nama saya
dan membawanya ke blog saya. Dalam kepala saya ligat memikirkan
nama-nama yang berkemungkinan mencari saya semula. Yang pertama saya
fikirkan ialah dia, Ahmad Thaariq Bin Mohd Khairudin.
Walaupun ketika itu saya sedang studi untuk final exam yang tinggal beberapa hari saja lagi, saya sempat menekunkan diri saya meng-google
namanya pula. PAP! Banyak senarai yang keluar. Aik. Pelik bin ajaib.
Dulu bila saya google, tiada satu pun informasi yang ada mengenai
dirinya. Tapi pada tahun 2009 itu, berlambak-lambak capaian berkaitan
dengan dirinya. Antaranya ialah blog WordPress dan Fotopagesnya. Saya
amati Fotopages itu. Pemiliknya seakan-akan Cina. Tapi inikah dia? Agak
lain rupanya di dalam gambar di situ. Saya meneliti 1, 2 entri di
blognya. Kisah seorang pelajar Master di UTM Skudai. Kursus apa, umur
berapa, semuanya tidak saya tahu. Saya was-was itukah dia. Tapi apabila
saya lihat ada capaian ke blog adiknya Rafiq yang kini sedang menuntut
di Jerman, saya hampir 100% yakin itu adalah dia. Saya cuba mencari
emailnya untuk cuba menghubunginya secara personal. Tiada. Jadi saya
meninggalkan komen di blognya saja:
Salam Thaariq.
I was googling around to look for an old friend of mine named
exactly like you. I have this instinct that you are him but I doubt I
was wrong. Is there any possibility that you attended primary school in
Temerloh, Pahang? SRA Al-Mukmin to be exact (UPSR'97). Looking forward
to hear some good news from you soon.
p/s: I've tried looking for your email to contact you personally
but I couldn't find any. Sorry to disturb you in this comment box.
Sehari suntuk saya menunggu komen itu direspon. Kecewa saja. Huhu.
Tapi keesokannya (5 Jun) adiknya membalas komen saya dengan jawapan
yang positif dan tidak lama selepas itu, tuan blog itu pula menjawab
segala persoalan saya dengan menghantar email peribadi kepada saya. Sah!
itu adalah dia, Ahmad Thaariq, kawan yang telah 12 tahun terputus
hubungan dengan saya. Sempatlah kami berbalas 2, 3 email. Kemudian saya
menyepi semula kerana perlu studi. Keesokannya, saya pergi menjawab final exam dengan lapang dada dan gembira. Dan saya lulus dengan jayanya.
Yang saya tahu tentang dia, dia sedang menyambung Ijazah Sarjananya dalam bidang Remote Sensing di UTM Skudai, meminati bidang fotografi dan seorang computer geek! Tiga perkara ini betul-betul membuatkan saya tersenyum seorang pada waktu itu.
Apabila sudah kembali ke Malaysia, kami hanya kadang-kadang bertegur
sapa di Facebook saja. Saya sangat sibuk pada waktu itu. Jadi saya tak
berapa layan sangat Facebook. Lagi pula, dia pun bukanlah satu
kepentingan pun dalam hidup saya. Sehinggalah seminggu sebelum hari
lahir saya pada tahun 2010, ada seseorang datang meminang. Haha. Ini
agak lucu.
Ustaz itu betul-betul buat saya berada dalam dilema. Saya tak mahu tapi apa alasan terbaik saya ya? Hehe. Istikharah punya istikharah,
sehinggalah malam hari lahir saya itu, saya mendapat mesej daripada
Thaariq. Dia mengucapkan selamat dan memberikan sekeping gambar hadiah
buat saya. Gambar pemandangan bintang-bintang yang diambilnya ketika di
Dubai. Dia buat saya terfikir. Thaariq itu maksudnya 'Yang Datang Di
Malam Hari' dan antara lain maksudnya ialah 'Bintang'. Saya tenung
gambar bintang-bintang itu lama-lama. Tiba-tiba hati terdetik. "Kenapa
dia satu-satunya yang muncul mengucapkan selamat hari lahir di tengah
malam sunyi ini? Apa kaitannya dengan istikharah saya?"
Tapi segalanya masih tidak jelas. Memang tiada apa-apa perubahan
dalam hidup saya mahupun dia. Sehinggalah sekitar bulan Februari 2010,
ada majlis di sekolah rendah saya dulu. Sebagai bekas pelajar, saya
diberikan amanat oleh mudir (guru besar) saya untuk mengumpulkan
bekas-bekas pelajar yang telah tamat belajar untuk datang ke sekolah
untuk menjalankan program bersama-sama murid-murid di sana. Saya
mengumpulkan beberapa nama dan menghubungi mereka secara peribadi. Saya
turut menghubungi Thaariq untuk mendapatkan kata putus kehadirannya.
Tapi sebaik berada di talian dengannya, saya jadi serba tak kena.
Berderau darah nak bercakap dengannya. Sudahnya, saya bercakap seperti
butir peluru yang laju. Haha.
Lebih kurang sebulan selepas itu, saya post-call pada petang
itu, tiba-tiba saya menerima panggilan telefon daripadanya. Cuak saya
untuk menjawab panggilan. Serba tak kena rasa. Puas berfikir kenapalah
dia tiba-tiba menelefon ni. Rupa-rupanya dia menelefon untuk mendapatkan
nasihat berkaitan kawan serumahnya yang patah tulang bahu. Kebetulan
saya pada waktu itu berada dalam posting Orthopedic. Itu sebabnya dia menelefon saya. Hahaha. Gelabah tak memasal, kan. Tapi sejurus selepas itu saya lihat dia meng-update status baru di Facebooknya: I just called to say hello =)
And it really means something to me.
Sejak itu, saya lihat dia mula meletakkan status-status berbahasa
Rusia di Facebooknya. Pelik juga. Mana dia tahu ayat-ayat ni semua.
Ayat-ayat yang dipilihnya manis-manis belaka. Huhu. Kiranya, kalau kamu
tidak faham bahasa itu, payahlah untuk kamu tangkap maksudnya. Dalam
hati saya terfikir: Aik aik, dia tujukan kepada siapa ni? Cool down,
Sarah. Dia main-main je ni. Haha. Waktu itu saya geram juga dengan dia
ni. Saja nak memerangkap saya dalam kekeliruan. Sebab setakat yang saya
tahu, mana ada siapa dalam rangkaian Facebooknya yang memahami Bahasa
Rusia melainkan saya. Aishh. Memang nak kena cepuk dia ni, kan. Hehe.
Saya pula ketika itu kalau meng-update status di Facebook, saya lebih
gemar meletakkan sebaris lirik lagu atau nasyid yang terkesan di hati
saya. Tapi pendek kata, semuanya lagu atau nasyid lama yang tidak berapa
orang ingat dah. Tapi dengan senangnya dia cam dan merespon di status
itu dengan menyambung lirik tersebut. Ajaib juga. Mana dia tahu ni?
Dia google ke apa? Huhu.
Pada masa yang sama, saya lihat dia acap kali meletakkan status yang
berbaur tertekan dan sudah malas dengan program Master-nya. Sedih juga
bila melihat seorang kawan yang seperti mengeluh hampir setiap hari
tentang hal yang sama. Waktu itu saya tidak berani lagi untuk respon di
status-statusnya. Saya kerap 'diserang' oleh kawan-kawan rapatnya. Hehe.
Jadi saya menghantar SMS kepadanya supaya bertahan dan bersabar sikit
lagi untuk menyudahkan apa yang sudah dia mulakan. Tahu sajalah saya ni
macam mana, kan. Pantang orang berundur separuh jalan. Saya katakan
padanya, pastinya sudah ramai yang menasihatinya dengan perkara yang
sama tapi jawabnya: Nop, only you.
Ohoo~ Sampai ke hari ini saya masih menyimpan mesej tersebut.
Kemudian, kami berhubung seketika di Yahoo Messenger (YM)
untuk mengelakkan cakap-cakap pelik daripada kawan-kawan di sekeliling
kami. Kami hanya bercakap tentang perkembangan diri masing-masing
selepas terpisah dulu, bidang fotografi (dia Canon, saya Nikon) dan juga
tarbiah yang kami ikuti. Syukurnya saya. Telahan saya mengenainya
memang tidak salah. Saya dapat 'membaca' siapa dan bagaimana orangnya
pada waktu itu.
Tapi disebabkan saya ini memang tidak suka ber-YM, maka tidaklah lama dan sekerap mana kami online bersama. Saya sibuk. Sekalipun kami online bersama,
tiba-tiba saja saya sudah tertidur di tepi laptop saya. Esoknya cuba
untuk menebus kembali kesalahan, tetapi tertidur juga sekali lagi.
Bukankah kasihan dirinya ditinggalkan begitu saja? Huhu. Memandangkan di
penghujung Mei tahun lepas kakak saya bakal mendirikan rumah tangga,
sebagai salah seorang junior kepada Kaklong, Thaariq turut dijemput hadir. 30 Mei 2010. Itulah tarikhnya. Dia menghadiri walimah Kaklong.
And I have no reason to say no to what I have seen.
Saya kekok pada mulanya. Nasib baik ketika saya dipanggil oleh
sahabat baik saya, Mahfuuzah, bahawa dia telah sampai, dia sedang berada
bersama-sama kelompok kawan-kawan Al-Mukmin yang lain. Saya menghampiri
mereka dan di situlah saat kami bertemu semula selepas 13 tahun
terpisah tanpa khabar berita. Tangan terasa seram sejuk. Aik aik.
Kenapakah? Dia pula berpeluh-peluh. Ok, bawah khemah tu memang panas
pun. Huhu. Selepas kami semua ex-Al-Mukmin bergambar beramai-ramai
bersama pengantin, kebanyakan daripada mereka beransur pulang. Kebetulan
waktu itu tetamu sudah pun berkurangan. Sudah mencecah 4 petang. Saya
membawa Thaariq duduk di bawah khemah berhampiran kipas.
Kami berbual-bual berkaitan diri masing-masing dan perkembangan
terkini. Sangat jelas, pada waktu itu saya langsung tidak mengangkat
muka kerana takut dan malu untuk menatap mukanya. Kalau boleh, rasa nak
pakai purdah sorok muka sendiri. Saya tidak tahu apa yang bermain di
fikirannya pada waktu itu. Saya memberitahu emak dan ayah akan kehadiran
Thaariq ke majlis itu. Emak dan ayah masih cam akan dirinya. Dalam
ingatan ayah, dia diingati sebagai 'anak Khairudin'. Hehe.
Melihatkan reaksi emak dan ayah, hilang sedikit kecuakan saya berada
dengannya di situ. Hampir jam 4.30 petang, saya menghantarnya menuju ke
keretanya yang diletakkan di bawah bukit rumah saya. Sebelum berlalu
pergi, dia menyerahkan satu token kepada saya. Keychain daripada Dubai
tempat gambar bintang-bintang yang dihadiahkan kepada saya dulu.
Malam itu saya sangat penat. Saya terbayang-bayang kejadian di petang
kenduri itu. Saya ingat setiap apa yang kami bualkan. Saya ingat riak
wajahnya yang tenang. Saya ingat saat-saat saya menemaninya turun bukit
untuk menghantarnya ke kereta. Tiba-tiba, telefon saya berbunyi. Saya
melihat tiga orang sepupu lagi yang bermalam di bilik saya. Semua sudah
tidur. Barulah saya menjawab panggilan tersebut. Iya. Thaariq yang
menelefon. Ucapnya satu.
"Saya nak kita bukan sekadar kawan. Tapi dengan syarat..."
Syaratnya membuatkan saya terdiam seketika. Saya pohonkan masa untuk
berfikir. Semuanya bagaikan renjatan elektrik. Terkejut saya dibuatnya.
Semuanya sekelip mata. Saya terlalu penat ketika itu. Tidak boleh
berfikir dengan rasional. Jadi saya tinggalkannya dengan soalan yang
tidak berjawab. Keesokannya saya sibuk di majlis bertandang di rumah
Abang Hashim. Keesokannya pula saya sudah mula oncall dan
kembali sibuk di hospital. Dalam pada sibuk-sibuk itulah, saya bawa
berbincang dengan sepupu terapat saya, Nisa. Kebetulan kami bekerja di
wad yang sama pada waktu itu. Syaratnya itu munasabah. Dan jika ikhlas
niat, semuanya adalah tidak mustahil. Apa syaratnya? Ehem. Biarlah kami
saja yang tahu.
Untuk seketika, kami sering juga berbalas mesej. Sehinggalah
pertengahan bulan Julai itu, saya rasa serba tidak kena. Saya rasa ini
bukan diri saya. Tambahan pula, dia masih lagi terikat dengan program
Master-nya dan saya terikat dengan housemanship saya. Kami
pernah berbincang serba ringkas tentang hala tuju masa depan. Yang saya
lihat, paling cepat satu kata putus dapat dicapai mengambil masa hampir 2
tahun lagi. Langsung saya menghantar mesej kepadanya. Pinta saya hanya
satu : Jangan contact saya kalau rasa belum sampai masa untuk kawin. Kalau dah sedia, baru cari saya semula.
Saya nekad berbuat begitu. Saya tidak mahu berhubung secara sia-sia
tanpa arah tuju yang betul-betul nyata. Saya tidak mahu maksiat menjadi
penambah rasa. Dia bersetuju. Kami sepakat untuk tidak berhubungan. Dan
dalam tempoh itu, betapa hanya Allah yang tahu kuatnya
mujahadah yang perlu dilalui. Baik saya mahupun dia. Remuk redam jugalah
rasa hati ni. Tapi bertahan. Bertahan. Bertahan. Hehe.
Dia juga bergitu. Status-status separa pilu kelihatan di Facebook tapi
tiada siapa yang tahu apa yang terjadi sebenarnya. Saya pula lebih
banyak berkias dalam entri-entri saya di sepanjang bulan Julai dan Ogos
tahun lalu. Dan dalam tempoh itu jugalah ada 3 lamaran datang dalam
hidup. Aduhai. Penambah perisa betullah. Tapi saya sudah nekad. Saya
hanya menunggu dia. Dulu 13 tahun saya boleh menunggu, takkanlah sekadar
2 tahun lagi saya sudah tidak sanggup, kan.
Siapa sangka, sebenarnya apa yang saya nekadkan itu menjadi batu
loncatan untuk segalanya. Saya masih ingat, hari itu hari Sabtu, minggu
pertama di bulan Septembar, minggu terakhir kita berpuasa. Saya oncall
di wad kanak-kanak. Ayah datang sekitar jam 10 malam membawa makanan
berbuka untuk saya. Iya. Saya masih belum berbuka dengan makanan berat
pada waktu itu. Sekadar minum air dan mengunyah gula-gula Mentos sebiji.
Ayah datang bukan sekadar membawa makanan. Tetapi juga sebuah bungkasan
pos yang baru tiba pagi tadi di rumah. Di alamatkan kepada saya. Sambil
makan saya terus membukanya. Dan kandungan bungkusan kecil itu buat
saya berdebar-debar apatah lagi pengirimnya ialah dia.
Apabila ayah sudah balik, saya menghubunginya. Saya memaklumkan
bahawa saya sudah menerima bungkusan tersebut. Tiba-tiba dia terus
menghubungi saya. Dalam teragak-agak, dia memaklumkan bahawa pada Hari
Raya ketiga insya Allah dia dan keluarga hendak berziarah ke rumah saya.
Saya terdiam di situ. Dalam hati ada dua tanda tanya: Ziarah raya atau
ziarah bermakna? Tapi mulut saya tak terluah hendak bertanya. Saya
memaklumkan kepada emak dan ayah.
Dipendekkan cerita, pada hari raya ketiga itu, tibalah mereka sekeluarga ke rumah saya. Tahu apa perkara pertama yang diraikan?
Pertemuan semula dua kawan lama; ayah saya dan juga ayahnya.
Subhanallah. Bagaikan telah berjanji, tujuan utama ziarah keluarganya
yang agak samar bagi pihak saya bertukar kepada perbincangan tentang
pernikahan kami berdua pula. Saya yang turut berada di situ terasa panas
muka secara tiba-tiba. Memang sangat terkejut. Ditambah pula dengan
usulan supaya kami bertunang dalam masa dua bulan saja, menambahkan
keseriauan yang saya rasa. Saya mencuri pandang wajahnya pada waktu itu.
Tenang saja. Dalam hati saya berkata: Ish, dia ni. Dia tak ajak pun
kawin lagi, tak tanya pun kita lagi, tup tup mak ayah masing-masing dah
bincang pasal tunang-nikah.
Selepas selesai kata putus dicapai, mereka sekeluarga meneruskan
perjalanan pulang ke Batu Pahat. Waktu itu baru saya menghubunginya.
Mesej saya berbunyi: Betul ke kita dah nak tunang ni? Tak lama lepas tu
terus kawin? Awak tak pernah pun ajak saya kawin? Balasnya: Insya Allah
ni yang terbaik untuk kita.
Subuh 1 Oktober 2010, dia melamar saya untuk menjadi isterinya.
Pada mulanya majlis pertunangan dirancang dilaksanakan lebih awal
tapi disebabkan dia terpaksa menghadiri konferens di Hanoi, majlis
dibawa ke bulan November. Pada 13 November 2010, majlis pertunangan yang
sederhana telah berlangsung di rumah saya. Hanya saudara mara rapat
saja yang menghadirinya. Tarikh dan majlis perkahwinan turut ditetapkan
pada hari itu. Tempohnya 4 bulan saja. Dan apabila sudah bertunang
inilah baru kami mula berhubungan semula untuk membincangkan
perkara-perkara berkaitan perkahwinan kami. Jika perlukan perbincangan
panjang, kami hanya berhubung melalui email saja. Lebih banyak yang
boleh dibincangkan di situ. Dan sejak kami bertemu semula di dunia maya
pada 4 Jun 2009 yang lalu sehinggalah kami bernikah pada 12 Mac 2011
yang lalu, kami hanya pernah bertemu muka sebanyak 7 kali, dan semuanya ditemani oleh keluarga atau adik beradik kami.
Cerita Versi Thaariq
Selepas tamat UPSR, dia bersekolah di Al-Amin Gombak. Sejak itu, dia
hanya pulang ke Temerloh bila cuti tiba saja. Dia juga mencari-cari
saya. Dia tahu di mana letaknya kedai fotostat milik ayah saya dulu.
Pernah dia terfikir, hendak pergi mencari saya di sana. Bila dia ke
sana, saya tiada pula. Kecewa dia, katanya. Pernah juga dia berangan,
ketika berjalan-jalan mencari barang di Pekan Sehari Ahad (lebih
dikenali dengan nama Pekan Sari di sini), dia hendak terjumpa dengan
saya. Katanya, antara ramai-ramai rakan sekelas dulu, saya yang paling
terkesan dalam memorinya. Pernah saja dia terserempak dengan kawan
sekelas kami yang lain, tetapi tidak saya.
Ketika zaman Friendster sedang memuncak, rupa-rupanya dia juga pernah
mencari saya. Tapi tidak menjumpai apa-apa. Dia juga pernah meng-google
nama saya. Tapi tidak jumpa barang satu informasi pun mengenai saya.
Kemudian dia pun sudah tidak meneruskan usaha sehinggalah saat saya
meninggalkan komen di blognya itu. Saya masih menyimpan email yang
dikirimnya. Subhanallah. Tajuknya saja sudah menunjukkan betapa
terujanya dia. Hehe. Belum lagi membaca kandungan email-email tersebut.
Sejak berhubung semula di Facebook, dia suka melihat gambar-gambar
saya sepanjang di Moscow dulu. Katanya, saya comel. Huhu. Macam kelakar
saja bunyinya. Apa yang buat dia tertarik ialah gambar saya berbaju
kurung serba biru ketika menghadiri majlis di Al-Mukmin yang tidak dapat
dihadirinya dulu. Dan dari situ dia mula menggunakan Bahasa Rusia di
Facebooknya yang ditirunya bulat-bulat daripada sebuah lawan web. Huhu.
Berusaha keras sungguh dia. Jika saya membalas dengan ayat yang panjang
sedikit, mulalah dia tak tahu di mana hendak mencari maksudnya. Comel
betul! Yang mendekatkan kami ialah ayatnya: Mnye by khatelos uznat o
tebye po bolshe. Ada yang faham maksudnya?
Sewaktu hendak menghadiri walimah Kaklong, rupa-rupanya dia sudah
memberitahu uminya bahawa dia hendak melihat saya. Ohoo~ Yang ini saya
pun baru sangat tahu. Dan apabila sudah berjumpa sendiri dengan saya,
katanya, dia sudah tiada ragu dalam hatinya. Dan apabila melihatkan
perbincangan emak ayah dengan umi baba sangat lancar, dia jadi bertambah
yakin. Katanya, dia takkan membiarkan 13 tahun menjadi lebih lama.
Dan selepas 13 tahun mencari cinta, di sinilah kami ditemukan semula. Dalam ikatan sebagai suami isteri yang sah, Alhamdulillah.
Cerita Versi Kami
Selepas berkahwin, saya menunjukkan kepadanya sebuah diari lama.
Tahun 1997. Sebenarnya bukanlah sebuah diari. Itu buku yang saya kumpul
biodata kawan-kawan. Tapi bila sudah tidak digunakan, saya jadikannya
untuk mencoret aktiviti harian pula di mukasurat yang masih kosong.
Sebenarnya saya pun baru terjumpa semula diari lama ini. Dan saya
kongsikan kandungannya dengan suami. Diari itu penuh dengan catatan
harian saya bermula daripada 20 November 1997 sehinggalah penghujung
Disember 1997. Kisah bagaimana saya takut kehilangan seorang kawan
bernama ATMK. Kisah bagaimana saya tercari-cari di mana ATMK.
Dan sejujurnya, selepas tamat SPM, saya ada menulis sebuah buku catatan baru. Dalam buku itu saya ada menyenaraikan 10 wishlists saya untuk masa depan. Tertera dengan jelas di situ, hajat saya yang ke-10 dalam senarai ialah INGIN MENCARI ATMK SEMULA.
Selepas saya bacakan padanya beberapa keratan daripada
catatan-catatan yang ada, tiba-tiba muncullah satu kata-kata yang paling
tak tahan untuk dibaca, yang telah saya tulis ketika berusia 12 tahun.
Tabah adalah akhlak yang mulia.
Selepas membaca coretan-coretan itu, dia berkata: Ada hikmah Allah
temukan kita semula selepas terpisah 13 tahun. Sebab bila kita berjumpa
semula, kita sudah bersedia untuk bernikah, bukan setakat berkawan saja.
Siapa sangka, Abang akan berkahwin dengan kawan baik Abang sendiri.
Ya. Saya juga tidak menyangka 13 tahun saya mencari cinta saya, rupanya dia ialah kawan baik saya sendiri yang terpisah lamanya.
Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini!
- Nota #1 : Jangan couple sebelum kahwin. Tak best. :)
- Nota #2 : Dapatkan restu ibu bapa. Insya Allah semuanya dipermudahkan. Dan ingat, yang paling utama ialah mengutamakan Allah dalam segala yang kita rancang. Insya Allah segalanya akan dipermudahkan.
- Nota #3 : Bersama kita doakan pasangan ini bahagia hingga ke syurga!
Credit to: sarahshukor.com
Labels:
Stories
Saturday, September 24, 2011
240911 : 6.45 PM : “Iman & Love”
Salam and greeting to
all readers… hmm, dah lama rasanya tak menjenguk ke sini..dan dah agak lama
jugak la tak mencoret kata nukilan hati…huhuuuu…
So far, what had
happened?? What I’ve done?? Nothing much..rite?? hmmm.. Some changes?? Happened
to turn bad.. So, what is the good thing?? Nothing I guess.. huh!! It’s me..Still
me…changed nothing… still being the lazy and non-motivated me~~~!! >.<
When will I change for good huh?? Ask myself~!! Da tak banyak masa lagi nak
main-main…FYP is already around the ‘neck’ …arkk~~!! Give me a break..arrr~~!!!
Can’t breathe~~… Got some idea to call on but..hmm…didn’t have much strength to
move it forward… What should I do~~~???? =.=
Okey~!! Forget about
that FYP for a moment… let’s talk about something I want to talk~~!^^ haa..cham…(sounds
like Korean^^keke).. What is it about?? Hmm…. Just two words…”Iman & Love”…
Kalau kita tak punya iman, dapat ker kita rasa cinta Allah??? Kalau Iman kita
berkurang, layak ke kita nak raih cinta Dia??? Ku nak cakap apa sebenarnya ni??
Hmm… bak kata kumpulan nasyid Raihan..”Iman adalah mutiara di dalam hati
manusia, yang meyakini Allah Maha Esa Maha Kuasa..Iman tak dapat diwarisi, dari
seorang ayah yang betaqwa, Iman tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian
pantai…” Ya…Iman itu anugerah..Iman itu pemberian Allah… Iman itu milik manusia
yang mengenali dan menghargai Penciptanya… Iman dalam hati manusia boleh
bertambah dan boleh juga berkurang… sambung lagi “ Walau apa pun caranya jua,
engkau mendaki gunung yang tinggi.. engkau merentas lautan api, namun tak dapat
jua dimiliki…jika tidak kembali pada Allah…”
Maksudnya, Iman itu
bukanlah boleh didapati dengan apa saja cara melainkan kembali berserah dan
mengingati Allah swt… Daripada-Nya kita datang dan kepada Dia jualah tempat
kita kembali… kesimpulannya apa?? Erm…sambil menginsafi diri yang banyak khilaf
ni, sambil berkongsi…Sama-sama lah kita jaga Iman kita… Jangan biarkan ia
tercemar dengan godaan dunia…Tak payah pandang jauh2, pandang diri sendiri dah
cukup… Siapa kita?? Dari mana kita datang?? Kemana kita akan kembali?? Kenapa
kita didatangkan?? Persoalan-persoalan ni sepatutnya dah cukup untuk buat kita
sedar, kenapa kita di sini…
Hmm… tulis memang
senang, tapi bila nak buat tu…banyak halangannya… kenapa?? Sebab mengangap diri
sudah tertewas sebelum berjuang…lagi kenapa?? Kerana manusia ada dua tarikan, negative
dan positif…. Tapi, seharusnya kita sedar, itu semua wujud kerana Allah itu Maha
Adil… Allah dah bagi akal untuk fikir..sudah pasti kita tau dan sedar yang mana
baik dan yang mana buruk… Cuma tinggal jalannnya untuk kita pilih… Kemahuan
ataupun Keperluan… Jom sama-sama kita fikirkannya…+_+
Minta maaf terus, ni ku
tak tujukan pada saper2..untuk diri sendiri jer dan perkongsian rasa…Sebab ku
rasa diri lemah..sangat lemah tanpa Iman di jiwa… Dan sebab ku jugak manusia
biasa, yang sering mengikut kemahuan mengatasi keperluan… bodohnya rasa… hmmm ~.~
Now… let’s go to the
next path…is it about “Love”?? hmmm… Love here means Love from Allah… Biasanya,
sebut jer Cinta, mesti ada ceritanya..Cerita Cinta..haha…tapi, ni..ku tak nak
cakap pasal cerita cinta tu..ku nak cakap pasal Cinta Allah… Sebab ku tak tau,
ku layak tak nak rasa Cinta tu? Tapi ku
nak..ku nak jugak walaupun ku rasa ku memang tak layak…takpe, ku nak cuba… Tanpa
cinta tu, hati ku tak tenang..walau ku tau dan ku rasa, hidup seorang Muslim tu
takkan pernah lengkap tanpa Iman dan Cinta Allah… Oleh sebab itu, ku
betul-betul harap, moga Cinta manusia yang akan Allah kurniakan pada ku suatu
hari nanti, disaluti Cinta-Nya… Moga Allah datangkan cinta tu yang pasti mampu memberi
bahagia di dunia mahupun akhirat…Tapi, ku lebih sanggup mengorbankan bahagia ku
di dunia ni jika perlu untuk ku rasa bahagia di akhirat kelak… T_T Yang pasti,
ku sendiri perlu cari dahulu Cinta tu… Moga kita semua dikurniakan
Cinta-Nya..Amin…^^
Nak sambung lagi..tapi..tiba-tiba...hilang kata-kata..heeee~~ ^^
Annyeong~~ ^_^
Labels:
My Words
Saturday, September 10, 2011
Monday, September 5, 2011
:: Salam Aidilfitri ::
Kepada
semua yg mengenali, disini ku susun 10 jari mohon ampun dan maaf andai
pernah terkasar bahasa, bergurau yg tak patut, mengguris hati dan
perasaan ke..maaf sangat2, mungkin ada yg tak disengaja, terlepas di
pndangan mata...di bulan mulia ni, harap dimaafkan mana yg dah
menyakitkan...Salam Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin...^___^
"...Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dri kesalahan), kerana
sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kejahatan,kecuali (nafsu) yg
diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha
Penyayang" Juz 13 <12:53>
Labels:
My Words
Tuesday, August 16, 2011
Sebuah Pertemuan...
Ketika diri mencari sinar,
Secebis cahaya menerangi laluan,
Adakalanya langkah ku tersasar,
Tersungkur di lembah kegelapan.
Bagaikan terdengar bisikan rindu,
Mengalun kalimah menyapa keinsafan,
Kehadiran mu menyentuh kalbu,
Menyalakan obor pengharapan.
Tika ku kealpaan,
Kau bisikkan bicara keinsafan,
Kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan,
Saat ku merindukan keampunan Tuhan,
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala.
Menitis air mataku keharuan,
Kepada sebuah pertemuan,
Kehadiran mu mendamaikan,
Hati yang dahulu keresahan.
Cinta yang semakin kesamaran,
Kau gilap cahaya kebahagiaan,
Tulus keikhlasan menjadi ikatan,
Dengan restu kasih Mu oh Tuhan.
Titisan air mata menyubur cinta,
Dan rindu pun berbunga,
Mekar tidak pernah layu,
Damainya hati yang dulu resah keliru,
Cintaku takkan pudar,
Diuji dugaan mengharum dalam harapan,
Moga kan kesampaian kepada Tuhan,
Lantaran diri hamba kerdil dan hina.
Syukur sungguh di hati ini,
Dikurniakan teman sejati,
Menunjuk jalan dekati-Nya,
Tiak diri dalam kebuntuan,
Betapa aku menghargai,
Kejujuran yang kau beri,
Mengajarku mengenal erti,
Cinta hakiki yang abadi.
Tiada yang menjadi impian,
Selain rahmat kasih Mu Tuhan,
Yang terbias pada ketulusan,
Sekeping hati seorang insan,
Bernama TEMAN...
Dedicated to,
if you still remember...
Labels:
My Words
Monday, August 15, 2011
fwd: Solat Tahajud
Allah berfirman maksudnya, “Apakah kamu hai orang-orang musyrik yang lebih beruntung atau orang-orang yang beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri, dalam keadaan takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah ” Adakah sam orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya hanya orng-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (Az-Zumar : 9)
Allah berfirman maksudnya, “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.” (Al-Muzammil : 1-9)
Allah berfirman maksudnya, “Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu menempatkan kamu di kedudukan yang terpuji". (Al Isra : 79).
Nabi saw. bersabda, “Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (tahajud).” (HR Muslim)
Nabi saw. bersabda, “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)
Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya di syurga itu ada bilik yang luar boleh dilihat dari dalam, dan dalamnya boleh dilihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makan orang-orang yang memerlukannya, mereka yang menyebarkan salam, serta mereka yang mendirikan solat tahajud pada saat manusia lain sedang tidur". (HR. At Thabrani dan Al Hakim).
Nabi saw. bersabda, “Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyanglah malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya.” (HR at-Tirmizi)
Dari Salman Farisi, Nabi saw. bersabda, “Hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab ia adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa, mencegah diri dari maksiat dan menyembuhkankan penyakit.” ( Riwayat At-Tabrani )
Subscribe to:
Posts (Atom)