Thursday, February 10, 2011

fwd:KASIH NYA IBU MEMBAWA KESYURGA..KASIHNYA AYAH SANGGUPKAH BERPISAH

wahai remaja...terutama yg bergelar pelajar...sedarlah kalian akan kesusahan ibubapa dalam usaha nya untuk menyekolahkan kita...ada satu kisah moga dijadikan ikhtibar dan pengajaran semua..

KES 1:
"Ayah:encik,boleh tak hulurkan RM1,RM2...saya nak bayar yuran 2org anak saya..".....

KES 2:
"dik,tak de ke sumbangan untuk bantu anak2 saya daftar masuk U?untuk diploma?"..."maaf pakcik,saya tak dapat nak bantu cuma sekadar sumbangan kecil insyaAllah boleh......"

aku yg melihat tak mampu menahan sedih,aku rasa aku yg plg susah tapi ada lagi yg lebih susah....

YA ALLAH...ayah susah pyh cari duit,tapi segelintir anak2 g sekolah tapi???siang malam mencari sesuap nasi,nafkah untuk anak2..........urat2 tua terluah ditangan2mu,raut wajahmu penuh kepenatan namun kau gagahi jua langkah mu...demi anak2 mu.........ya Allah,kasihani la ayah2 dan ibu2 yg telah bersusahpayah demi kebahagiaan,kejayaan dan kesenangan anak2 mereka.....adakah kita akan setabah itu menjaga mereka dihari kemudian???ya Allah jauhilah aku dari menjadi anak derhaka,anak yg lupa budi org tua.........

YA ALLAH,ENGKAU BERKATILAH,SYGILAH DAN MURAHKANLAH REZEKI KEDUA IBUBAPAKU DAN KEDUA IBUBAPA SAHABT2 KU.....AMEEN..........ummi abah,along sayang ummi abah...........

Sharifah Aini

Kasihnya Ibu

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

fwd:Buat renungan sahabat-sahabat seagama

Sahabatku,
Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah…biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tak kala bumi ditimpa hujan…

Sahabatku yang ku kenali,
Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu sebagai ingatan kita bersama…
Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah…
Ayat-ayat yang diturunan olehNya kepada junjungan besar untuk disampaikan…
“Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran : 58.

Sahabatku yang ku kasihi,
Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…
Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar dikau menjadi seorang yang tabah…
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11

“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.

Sahabatku yang ku rindui,
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1


Sahabatku,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7


Sahabatku yang ku kasihi,
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.

Sahabatku,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

Semoga-moga ayat2 motivasi dari al-Quran di atas akan menjadikan kita kuat dalam mengharungi dugaan dan cabaran dalam hidup kita.marilah kita bina kekuatan dalam diri kita agar kita mampu melangkah gagah membelah lautan gelora kehidupan yang kian mencabar>hanya ayat-ayat Allah sahaja yang mampu memberi kita kekuatan yang tak mampu  diberikan oleh orang lain....Hanya sanyalah Allah swt tempat kebergantungan hidup kita buat semua kehidupan dunia dan akhirat,....amin
dipetik dari mymaster.blogspot.com

fwd:Ayat motivasi diri...

Firman Allah swT dalam surah  Al Baqarah ayat  216  yang bermaksud :

"...Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. "

Sudah masa kita ubati diri dengan bantuan Tuhan. Doa ayat 286, surah al Baqarah:

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami".

Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diri dan orang lain.

fwd:Tudung wanita itu ada empat…

Tudung wanita itu ada empat…

tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.

1.Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

2.Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang.

3.Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona.

4.Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…=)

by: Mohammad Nor